Pejam celik pejam celik dah 25 hari berlalu, cepat pulak rasanya tempoh berpantang kali ni. Lagi sebulan dah kena masuk opis balik, kembali menyerabutkan otak terutama sekali nak menghadapi kerenah-kerenah manusia kat sana tu. Aku sukakan kerja aku, dah kena dgn jiwa tapi aku rasa rimas dgn persekitarannya. Takpelah....baik takyah cerita, buat sakit mata je membacanya. Baby Muhammad aku perasan agak manja karakternya. Asyik la merengek-rengek halus sensorang, kalau yg mcm ni tak diberi perhatian pun takpe, nanti dia diam sendiri. Bila time dia merengek halus ni aku tahu lah yang sebenarnya dia tengah buang air besar atau nak kentut. Kelakar kan?? Itu pun nak merengek, sebab tu aku kata dia a bit manja. Muhammad ni sangat heavy wetter, diapers harus ditukar maksimum 3 jam sekali. Kalau dah terlajak time tu alamatnya basah la baju seluar dia semua. Dedulu aku tak pandai nak agak time tapi sekarang ni bila dah tahu budget so kurang la aktiviti menukar baju seluar yg basah. ...