Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2010

Jawatan kosong : Juruteknik Tingkatan Biasa “B”

Nama Jawatan : Juruteknik Tingkatan Biasa "B" - Gred TT09/10 Syarikat : Tenaga Nasional Berhad Tarikh Tutup Permohonan : 15 Oktober 2010 Syarat-syarat Kelayakan : 1. Warganegara Malaysia 2. Mempunyai Sijil Kejuruteraan Elektrik (Kuasa / Elektronik / Kawalan & Instrumen) dari Politeknik atau institusi –institusi pengajian tinggi yang diiktiraf dengan mendapat CGPA 3.00 dan ke atas. DAN 3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) (SPM/SPMV) dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia dan lulus dalam matapelajaran berikut: · Bahasa Inggeris · Matematik 4. Umur tidak melebihi 30 tahun pada 31 Disember 2010. 5. Sihat tubuh badan dan tidak rabun warna. 6. Berkebolehan menggunakan komputer. 7. Sanggup ditempatkan di mana-mana negeri seluruh Semenanjung Malaysia 8. Keutamaan adalah kepada calon lelaki. Permohonan adalah secara online. Untuk maklumat lanjut sila klik di sini  

Gigi Susu Fatini

Pagi semalam Fatini telah kehilangan gigi susunya yang pertama. Gigi di bahagian bawah tersebut gugur kerana telah matang dan bakal digantikan oleh gigi dewasa kelak. Dengan gugurnya gigi susu ni Fatini harus lebih rajin menjaga kebersihan giginya sebab gigi dewasa kalau sudah rosak takkan ada penggantinya lagi kecuali dengan memakai gigi palsu. Dah besar dah anak mama...dah 6 tahun, tahun depan dah nak ke sekolah kebangsaan. Kelakar pulak mama tengok muka kakak takde gigi...hihihi...macam nenek kebayan. Si kakak kecik ni pun sibuk je nak ambik gambar gigi dia jugak. Ini pulak gambar si Muhammad tengah tido interframe...berat terkini 6.7 kg, berkat menyusu susu ibu sepenuhnya. Alhamdulillah Muhammad pun dah sihat, harap-harapnya kekal macam tu lah sehingga dewasa.

Mengidam..

Betul la apa yang korang baca tu...memang aku tengah mengidam nih. Tapi....aku mengidam bukan sebab aku mengandung lagik ye.... Aku sebenarnya tengah mengidamkan benda ni... Shantek kan??? Nak bagi air liur meleleh lagi??? Nah ambik ni...cuba tengok spec dia....  Intel Core i7 tu.....siap RAM 8GB lagi. Mana la achik ni tak meroyan, mahunya termimpi-mimpi tido memalam.   Tapi...yang membuatkan achik terdiam adalah...regenya RM3652, murah la tu. Cuma time-time lepas raya ni kat mana nak cekau duit sebanyak tu.   Err...kat mana nak dapat duit terpijak eh??? Korang tau tak??

Peristaltic Nipple

Sebelum ni kan aku ada bagitau yang baby Muhammad refused bottled feeding. Baca story tu kat sini Alhamdulillah sekarang dia dah mula minum susu dari botol dengan kapasiti yang normal. Kalau zaman Farzana dulu botol dan puting ajaib dia ialah botol MAM tapi si Muhammad ni lain pulak seleranya. Dah puas dicuba bermacam-macam jenis botol dan puting, dah berhabis duit ringgit juga membeli jenama itu dan ini akhirnya aku jumpa juga si ajaib itu...yang sesuai dengan selera Muhammad. Memperkenalkan peristaltic nipple keluaran Pigeon. Ia mempunyai 2 saiz iaitu untuk standard neck botlle dan wide neck botlle. Aku beli yang standard neck aje sebab senang nak fit dgn botol Medela, NUK, MLO dan Bumble Bee yang aku ada. Harganya RM13.90 bagi dua teat. Bacalah serba sedikit pasal peristaltic nipple ni...aku cut and paste dari website Pigeon. Nipple Features Super-Stretchable Teat section has an "accordion-like" portion that enables it to stretch in response to the peristaltic ...

Updates on Muhammad's condition

Alhamdulillah selepas discharge dari wad pada 31hb Ogos tempohari setelah berkampung di sana selama 4 hari, keadaan kesihatan Muhammad dah improved banyak. Batuknya beransur kurang dan akhirnya hilang. Mama urut dada tanda lega...malangnya mimpi ngeri kembali, tak sampai seminggu selepas discharge Muhammad kembali batuk walau pun tidak sehebat dahulu. Alahai anak bujang mama, belum sempat pegi follow up dah kena lagi batuk-batuk tu...huhuhu So semasa checkup / follow up yang dishcedule kan pada 7hb Sept lalu, Dr. Sofiah diagnosed Muhammad sebagai Acute Broncholitis. Maka dibekalkan Muhammad dengan inhaler dan ubat batuk selama seminggu dan akan dipantau keadaan kesihatannya ketika next appointment pada 24hb Sept ni. Kata Dr. Sofiah, paru-paru Muhammad ni sensitif...mungkin pada habuk atau suhu yang sejuk. InsyaAllah bila dia dah besar sikit nanti, keadaan ini akan beransur-ansur hilang. Sehingga ke hari ini pun sometimes bila Muhammad bernafas, kita boleh dengar bunyi wheezing da...

Phew...

Holiday season has ended...now it's time to dusting my blogger home as well as my home sweet home... Wait for me ya....

Lawatan ke ASDAF

Hari ni tadika Fatini mengadakan lawatan ke rumah anak-anak yatim Asrama Darul Falah (ASDAF) dan rumah orang-orang tua. Selama 2 minggu sebelum ni cikgu dia minta kitorang bekalkan anak-anak dengan duit syiling untuk mengisi tabung yang akan disumbangkan kepada ASDAF tu. So Fatini dengan semangatnya akan mintak duit kat kitorang untuk ditabungkan setiap pagi. Hari memula kitorang bagi duit kertas RM1 tiga keping, masa ni cikgu dia belum inform suruh bagi duit syiling. Balik dari sekolah hari tu dia mengadu yang kawan-kawan dia bawak lagi banyak duit dari dia. Kitorang pun confused la...RM3 satu hari tu tak banyak ke? Bukan ke nak kena tabungkan hari-hari, takkan nak bagi RM10 tetiap hari kot? Aku pun selidik la...rupa-rupanya kawan dia tu bawak duit syiling 10 sen je tapi banyak la... Bebudak kan...mana la dia tahu nilai...yang dia tahu bilangan so dia kata duit syiling 10 sen lagi banyak dari RM3 yang kitorang bagi. Untuk selesaikan masalah ni esoknya aku pun bagi duit s...

Azabnya....

1.Ada manusia yang dibangkit di hari akhirat dengan wajah seperti seekor babi sebab dosa tidak bersolat dan mempermudahkannya. 2.Ada yang dibangkit perut buncit sebesar gunung besar yang didalam perut ada ular sebesar keldai siksaan bagi yang tak keluarkan zakat. 3.Ada yang dibangkit di akhirat keadaan mulut mereka mengeluarkan darah disebabkan menipu dalam urusan jual beli. 4.Ada yang dibangkit dengan keadaan badan bengkak-bengkak dan berbau busuk seperti bangkai, ini kerana orang alim sembunyikan yang benar dan tak tegur kesalahan penguasa. 5.Ada yang dibangkit dari kubur keadaan halkum mereka terputus-putus kerana suka berdusta dan sumpah palsu. 6.Ada yang dibangkit dari kubur lidah dan mulut mereka mengeluarkan muntah kerana menghalang atau melarang orang jadi saksi. 7.Ada yang dibangkitkan dalam keadaan kepala ke bawah, kaki ke atas, kemaluan ditusuk besi panas hingga bernanah akibat perbuatan zina. 1.Ada yang dibangkit dari kubur dengan muka yang hitam, mata berwar...