Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2011

Jawapan GA Ummie Ina - Teka-teki lagi...hihihi...

Kak ina mesti nak pegi sini kan... Boleh anak-anak akak naik ini.... Boleh juga beramah mesra dengan ini... Dah penat-penat boleh la mandi kat sini....   Harap-harap betul la jawapan saya ni...

Stok EBM dah habis...

Hari ini aku telah menggunakan stok EBM terakhir yang berada di dalam peti sejuk aku. Ya Allah...hati aku sangat resah sekali...adakah ini bermakna perjalanan penyususan susu ibu secara eksklusif akan berakhir tak lama lagi?? Memang aku masih mampu membekalkan EBM walaupun tidak dapat memenuhi kehendak Muhammad sebanyak 20 oz sehari tetapi tidaklah bermakna eksklusif kalau terpaksa mencampur adukkan antara susu ibu dan susu formula. Tak sanggup rasanya nak membayangkan di saat aku menghulurkan tin susu formula kepada pihak taska kelak. Pastinya air mataku akan menitis hiba. Daku sudah pun menangis di dalam hati....

Projek baru

Dua orang sahabat kat opis ni bakal menjadi raja sehari, maka aku tetiba gatal tangan nak sumbangkan sesuatu buat diorang berdua. Bendanya simple je but yet stunning....eh..chewahhh! Ini ha bendanya....goodies bag made from brown paper bag. Gambar-gambar kat bawah adalah ehsan encik google. So sekarang ni aku tengah tunggu brown paper bag yang aku order dari http://www.pph.com.my/ dengan harga RM75 untuk 1000 pcs. Murah kan?? Tak sabar rasanya nak hias comel-comel paper bag tu....zaman aku kahwin dedulu mana ada semua ni, paling canggih pun orang bagi sapu tangan je time tu. Btw aku sponsor diorang goodies bag je...isi dalam taruk le sendiri...hahahaha.

Terasa Kosong..

Amaran: Post ini adalah luahan hati blues seorang wanita. Sila jangan muntah hijau di karpet opis ye.  Minggu ini seperti biasa En.Hubby kerja outstation lagi. Bukannya aku tak biasa, memang dah selalu aku ditinggalkan sejak perkahwinan kami 8 tahun yang lepas. Tapi entah kenapa pagi ini hidup aku terasa kosong, sunyi dan seolah-olah aku hilang pedoman. Ditengah-tengah hiruk-pikuk anak-anak menangis dan bertelagah sesama sendiri, fikiran aku pula menerawang entah ke mana. Semalam aku telah meluahkan rasa lelahku kerana terlalu kerap ditinggalkan pada si dia. Sesungguhnya aku dah jemu menghadapi rutin hidup sebegini dengan ketiadaan En.Hubby di sisi. Aku sangat letih hingga hampir sahaja aku mengambil keputusan untuk bercuti tanpa gaji sehingga Muhammad berumur setahun. Silap-silap ku sambung lagi sehingga dia berumur dua tahun pula. Dengan mengambil cuti tanpa gaji maka bolehlah aku meluangkan masa yang lebih buat membimbing pembelajaran Fatini, dapat juga aku me...

Hari Sukan Bakal Tiba

Tak lama lagi SKBB akan mengadakan Hari Sukan Tahunan bagi tahun 2011. Sekarang ni murid-murid tahun 1 sedang disaring untuk memilih peserta yang bakal mewakili rumah sukan masing-masing. Kakak Fatini pun tidak terkecuali...bermula dari hari Selasa hingga Jumaat minggu lepas, setiap pagi akan diadakan saringan mengikut jenis sukan dari jam 8.00 hingga 9.40 pagi. Acara sukan yang di adakan pemilihan tersebut adalah lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru dan larian. Maka berpakaian sukanlah kakak dari rumah setiap hari, rumah sukannya adalah rumah hijau. Acara pertama yang diadakan pemilihan ialah lompat tinggi. Semasa mula-mula membaca surat pemberitahuan mengenai pemilihan tu, Fatini banyak bertanya tentang apakah itu sukan lompat tinggi, lontar peluru dan lompat jauh. Aku pun berjanji akan mencari video-video di internet tentang sukan tersebut malangnya aku terlupa. Maka pada hari Selasa tu kakak Fatini pun melompat tinggi mengikut caranya sendiri....hehehhe. "Palang jatuh...

Susu Dah Kurang...

Aku sedang menghadapi masalah bekalan susu yang tidak meet dengan demand Muhammad. Setiap hari dia consume 20oz tapi aku hanya dapat produce 15-17oz je. So setiap hari jugak aku terpaksa top up dengan stock. Keadaan semakin buruk ketika aku kena mastitis tempohari ( baca di sini ). Semakin banyaklah aku menggunakan stock EBM sehinggalah surut semuanya. Setakat hari ini EBM yang berbaki adalah 2x4oz, mungkin hanya cukup untuk menampung bekalan bagi esok dan lusa. Diri terasa sangat down walau pun muka masih mampu tersenyum. Sesungguhnya aku masih belum bersedia untuk memberikan formula milk kepada anakanda tersayang. Ya Allah, permudahkanlah dugaan bagi hambaMu ini. Mujur ada achik Sue yang tak putus-putus memberi inspirasi melalui blog beliau di sini . Ku dah berkali-kali khatam sebenarnya tapi ku ulang baca sehingga semangat kembali membara. Terima kasih di atas jasamu Suraya yang membantu secara fizikal dan mental. InsyaAllah aku pasti mampu mengharunginya... FIGHTING!! CHAIY...

Astro Decoder Rosak

Sejak hari Sabtu yang lepas, dekoder Astro kat umah aku adalah rosak maka sepanjang minggu ni umah aku sunyi sepi dari bunyi siaran TV. Dek Astro yang rosak tu dan kitorang pun takde antena TV yang biasa maka berehat panjang la encik TV...macam cuti honeymoon pulak...hihihii. Bosan punya pasal aku pun selongkar la bilik stor untuk cari radio yang aku guna masa zaman bujang-bujang dulu...dah 8 tahun yang lepas tu wei, siap ada cassette player lagi, kat kedai muzik pun dah payah nak jumpa dia jual kaset lagi dah. Aku merata-rata cari kaset lagu Maher Zain untuk mak aku tapi takde rupanya, memang kaset dah tak dikeluarkan lagi dah. Kesian mak aku...nak guna CD dia kata tak pandai. Nak bubuh kat dalam handphone dia tapi tak support MP3 le pulak. Dekoder Astro aku ni dari awal-awal lagi menunjukkan tanda-tanda nak nazak tapi tuan empunya nya tak prihatin, tahu pakai je selagi boleh. Bila dah mogok merajuk camni haaaa...baru padan dengan muka. Nasib baik musim Raja Lawak Astro dah ha...