Skip to main content

Posts

Bonda mama

Ini bondaku...dah berusia 80 tahun dia tahun ini...ye dah tua, tapi alhamdulillah masih sihat dan kuat. Masih boleh berkebun dan menyangkul...gagah kan...? Heheheh Birthday bonda ke 80. Bonda aku ni menjadi rebutan kalau dia datang ke KL...habis anak beranak dan cucu cicit angkut dia ke sana sini hahaha....tempat favorite dia adalah nursery jualan pokok bunga dan Ikea 😄 Oh ya...pada tahun 2019 ini jumlah cucu bonda adalah 27 orang dan cicit seramai 5 orang. Sebahagian dari anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit. Ayahanda dah meninggalkan kami pada tahun 2010...ketika anakku Muhammad Fareez belum pun lahir ke dunia...tak sempat dia dan adik2 mengenali tokwan. Al-fatihah buat ayahanda....rindunya 😭 Ini gambar terbaru aku dgn bonda... Anak bongsu bonda ni dah ada kedut di wajah huhuhu....dah tua jugak, seiring dgn bertambahnya usia bonda...sayang bonda ketat2 😘 Semoga Allah kurniakan kesihatan yang berpanjangan buat bondaku...aaminnn...

Farihin ke Taska TGBS 2019

Aduhai Farihin Iqbal, Mama menulis untuk tatapanmu sebagai kenang-kenangan di kemudian hari. Farihin mula menyertai tadika ini pada 1 Ogos 2019 setelah dijaga oleh Opah Faridah di Apartment Abdullah Hukum semenjak berusia 2 bulan. Pada minggu pertama belajar di sini, hari2 dikau menangis nak...susah hati mama tinggalkanmu di taska. Tak percaya??? Nah gambar sebagai bukti...dikau hanya duduk diam serta tidak mahu makan minum...sampai sakit perut kau dek kerana angin perut yg kosong. Tapi alhamdulillah keadaan beransur baik dari hari ke hari. Cuma kadang2 angin kus-kus mu hadir...muncung jugak mulutmu ketika melangkah masuk ke pintu taska...hahaha Setiap hari kita akan naik LRT bersama dari Bangsar ke office mama di Glenmarie. Taskamu di bangunan yg sama dengan office mama...semasa dalam perjalanan ini dikau akan sangat2 seronok kerana dapat menaiki train...Farihin sememangnya obses dgn transportation...tower crane pun Farihin kenal...hihihi   Mam...

Kembali menulis

Assalamualaikum...ya aku ingin kembali menulis...merindui zaman2 aku menyusun kata2 buat tatapan pembaca...mencoret kisah2 yang ingin aku jadikan kenangan buat diriku...dan buat tatapan anak2 seandainya suatu hari mereka ketemui blog ini. Tapi seharusnya aku harus meneliti pengisiannya agar tidak terlalu mendedahkan privacy diri... ok...brief introduction setelah bertahun2 menyepi....anak2ku sudah lima kesemuanya...ye lima....hehehe...sesuai benar dgn hashtag #makbanyakanak hahaha. Latest addition yg aku tak pernah coret kisah mereka di blog ini ialah Farihin 3 tahun dan Fathia 10 bulan. Doakan kami sekeluarga sentiasa berbahagia dan dirahmati Allah ye.... Hari ini kakak Fatini exam PT3 subjek Sains dan Pendidikan Islam, Farzana pulak exam UPKK hari terakhir subject Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah). Semoga mereka dapat menjawab dengan baik dan beroleh kejayaan....Aamiinnnn...

Muzium Kucing / Cat Museum

Tak ingat dah apa nak tulis...simpan gambar buat kenangan jelah

Manik Oh Manik

Malam semalam sebelum masuk tidur Fatini bagitau aku yg esok cikgu Pendidikan Seni dia suruh bawak manik ke sekolah. Alahai kakak...apasal la awal sgt yg ko bagitahu mama nak kena bawak manik essok pagi...? Aku ni terus la tak boleh nak lena, berfikir macam mana nak dapatkan manik untuk dia. Pusing2 kat dalam rumah akhirnya aku dapat idea ni... Aku ambik dari bunga telur dan tetas dari blouse aku...huhuhu p/s kisah tahun bila la ni...draft outdated yg aku baru publish....ayoyoyo...mode:tepuk dahi

Lawak raya 1

Kalau pakai benda ni baru la kuih raya menjadi...:-) posted from Bloggeroid

Tolong...rumahku bersawang...

Dah lama aku tinggalkan blog ini sepi, sunyi...sampai bersawang rumah mayaku. Tetiba hari ni aku dapat ilham untuk menulis. Adakah ini menandakan aku akan kembali aktif menulis? Sempatkah aku nak menulis sambil menguruskan anak-anak dan juga menjalani karierku yang terbaru yakni menjadi seorang pelajar sepenuh masa? Sampai saat sekarang pun time management aku entah ke mana...ke laut kata org2 sekarang (dah tua sgt ke aku?) Oklah, cukup melalut utk kali ini.... Buat yang belum tahu, aku sekarang sedang menyambung pengajian secara sepenuh masa di MSU dalam bidang Elektrik dan Elektronik. Doakan agar aku dapat buat yang terbaik dan lulus dgn cemerlang ye... Sedikit santapan mata...dah besar dah anak2 aku...Fatini 9 tahun, Farzana 5 tahun dan hero tunggal kami (buat masa ni belum ada penambahan lagi) Muhammad 3 tahun. posted from Bloggeroid

Comel

posted from Bloggeroid

Ceritera hari Ahad Muhammad

Semalam kakak-kakak dia sibuk pegi main kat swimming pool tapi budak kecik ni merengek-rengek ajak masuk dalam bilik, nak menyusu...last-last dia sambung tido... Aish, apa kes! Selalunya dia pun sibuk jugak nak join mandi. Rupa-rupanya dia rasa tak sihat badan. Bangun dari tido dah demam dan selsema....kesian...

Byk Post Outdated

Aku sebenarnya byk story nak cerita kat korang tapi nak compose blog post guna tablet ni bukanlah semudah yg di sangka terutamanya kalau ada attach gambar...adeih. Yelah, kalau guna komputer tu kita boleh simply klik sana sini ikut kemahuan kita tapi kalau kat tab ni, aku klik kat sini lain jadiknya...aku klik kat sinun, ke lain perginya. Pastu bila dah taip pjng-pjng dan aku rasa nak move ayat ni ke atas dan ke bawah satu hal lagi...bukan boleh drag je macam kita selalu buat kat komputer tu. Selalunya aku save as draft pastu bukak semula blog kat pc mana-mana dan edit post tadi, then baru aku publish. Letih la...last-last belambak-lambak drafted post yg aku ada tapi takde masa nak edit. Cuma satu je yang marbeles bila pakai tablet ni, aku boleh snap gambar dan terus publish kat blog. Dah tak payah nak transfer dari kamera ke pc lagi dah....dan....gambarnya pun mantop, memang aku puas hati dgn kualiti gambar dia. Hmmm...maybe aku patut explore pasal posting blog post via email ...

Kesian Muhammad Demam

Dah tiga hari Muhammad demam, suhu yg agak tinggi pulak tu...kesiannya dia tak bermaya sebab dia hilang selera makan sekali, hanya minum susu ibu je. Makanan lain memang tak nak dijamahnya walaupun aku bagi favourite dia...aiskrim. Petang khamis tu taska dia telefon bagitahu yg suhu badan Muhammad dah 38 darjah celcius (terpaksa tulis penuh sebab carik simbolnya tak jumpa..;-p). Aku tgh ada briefing masa tu, terus bergegas pegi ambil dia dan bawa ke klinik. Memang panas sgt sampai berbahang rasa bila aku dukung Muhammad. Nasib baik taska cepat2 mandikan dia untuk turunkan suhu badan...takut juga kalau2 dia kena kancing gigi. Sampai klinik doktor pun cakap mmg suhu badan dia tinggi sgt dan dia suruh aku bagi ubat demam 4 jam sekali. Malam tu semasa tido pun suhu dia naik mendadak sampai dua kali aku bangun bagi ubat dan basahkan kepala dan badan dia. Malam semalam pun sama jugak, aku basahkan kepala dia sebab dah panas sgt aku rasa... Kesian anak bujang mama. Harap2 Muhammad segera ...
Pagi semalam aku bangun tido dan siapkan brg-brg anak dan diri sendiri...diorang ke sekolah dan aku ke opis. Tetiba en.hubby panggil aku dgn suara cemas....aku pun sgt berdebar pegilah dapatkan dia kat dalam bilik tidur. Rupa-rupanya ada kesan darah kat hidung Farzana tapi dah kering la...but agak banyak jugak sampai meleleh kat cadar. Aku pun cepat-cepat ambil wet tissue dan lap kesan darah kat hidung Farzana. Kesian anak mama...mesti panas kat dalam badan dia sampai berdarah hidung. Aku pun mandikan dia lama-lama sikit pagi tu untuk kurangkan suhu dalam badan dia. Petangnya semasa balik dari sekolah, cikgu dia cakap hidung Farzana bedarah lagi...aduh, sedihnya aku bila tengok muka dia time tu...balik ke rumah aku bagi la dia makan ubat demam walau pun dahi dia tak panas pun. Harapnya hari ni hidung dia tak berdarah lagi...risau betul aku...takut lain pulak jadinya. p/s: gambar takde sebab maknya panik ya amat time tu...

Raptai Hari Malaysia 2011

ww

Do obey your parents because they are your parents

Malam semalam aku sangat marah dengan Fatini...marah kerana kedegilannya. Semasa masuk tidur, aku dengar Fatini batuk...batuk yang agak berat, sampai aku sebagai seorang ibu tak boleh nak tidur lena sebab risaukan dia. Aku pun bangun dan turun ke dapur di bawah, ambilkan ubat batuk lalu naik ke atas untuk bagi dia makan. Mengetahui yang Fatini ni sangatlah susahnya makan ubat jadi aku pakai syringe untuk mengelakkan dari tumpah. Masa ni la start nya aku naik angin, dia langsung tak nak buka mulut untuk makan ubat tu. Dah macam-macam ayat aku bagi termasuk ugut dia suruh tidur kat luar rumah, kononnya bunyi batuk dia tu amat mengganggu orang lain nak tidur tapi hampeh...semuanya tak jalan.  Aku hilang sabar lalu aku heret tangan dia...nak bawak keluar rumah la kononnya tu tapi dia masih berdegil, tak mau buka mulut langsung untuk aku suapkan ubat tu. Suruh makan sendiri lagi la tak mahunya... Akhirnya papa dia bangun dari tidur dan marah aku dengan Fatini yang buat kecoh t...

Tupperware Campaign 6/2011 - From 8 August to 30 September 2011