Skip to main content

Posts

Kursus Pre-competency 2007

Post ni outdated sebab masa tu mama belum pandai/tahu nak bloging bagai. Kursus Pre-competency ni adalah salah satu di antara kursus wajib sebelum seseorang staff Bahagian ICT layak untuk menerima Sijil Kompeten. Sijil ini akan membolehkan mama memasuki semua pencawang 500kV, 275kV dan 132kV hak milik TNB bagi menjalankan tugas-tugas yang berkaitan. Mokhtar dan sebelah tu tak ingat siapa dia Chok Yeen Keat mengacau Elyda Elyda En. Idris mengajar TPS termination diagram. Yang tengah kusyuk belajar adalah Aida dan Farah (rasanya la...tak ingat). Samsul dan sape ntah...tak ingat jugak Azrin AC Main Supply Battery bank Battery charger Eltek Battery charger Emerson Battery discharge terminal - front view Battery discharge terminal - rear view Charger module DC load distributor DC load distributor - termination block Battery discharge graph Surge protector Surge arrestor Surge protector

Tok Ayah

Sedikit kenangan tentang tok ayah, bapa mertua mama. Tok ayah lahir pada 17 Jun 1938 dan kembali ke rahmatullah pada 20 Disember 2008 ketika berusia 70 tahun. Gambar perkahwinan Haji Othman Abdullah an Nik Hasnah Nik Yahya Gambar close-up Sijil perkahwinan beliau dan isteri School certificate Sijil SRP tok ayah Sijil SPM. Tok ayah mengambil peperiksaan SPM sebagai calon persendirian. Surat pemberitahuan tarikh persaraan. Beliau bertugas sebagai guru agama di SMU Maahad Muhammadi di Pasir Pekan, Kota Bharu Kelantan

Basikal Tua

Budak kecik yang perasan dah besar, perasan dah pandai naik basikal Layan gambar jelah...

Tengok budak-budak ni??

Tengok budak-budak ni??? Entah apa la yg tengah mereka fikirkan...wajah tulus suci bersih ibarat kain putih. Itulah perumpamaan yg diberikan buat anak-anak kecil...ibubapa yang mencorakkan peribadi mereka kelak. Adakah daku berjaya menjadikan mereka insan yang marhain????

Maybank2u palsu

Ku baru terima email ini...hmmm..nampak macam real kan? Seolah-olah email rasmi dari Maybank. Tapi...jangan tertipu ye...ini adalah email palsu yg meniru pakai logo Maybank bagi tujuan memancing pengguna Maybank2u agar dapat mencuri duit-duit kat dalam akaun kita nanti. Mujur ku memang alert pasal pishing email camni...kalau ku naif/naive a.k.a bodoh-bodoh alang, tak ke lenyap duitku nanti...?? Aduhai kawan-kawan, pengunjung blogku sekelian...Maybank telah mengeluarkan amaran agar jangan sesekali Login akaun internet banking anda dari link-link yang diterima di dalam email. Kalau masih rasa ragu-ragu, jangan segan silu untuk call Maybank Service Centre dan minta pengesahan. Jangan dah terhantuk baru nak tengadah...

Aktiviti Farzana

Adik Farzana ni kalau senyap-senyap mesti ada projek baik punya. Jom tengok apa dia buat... Tepuk-tepuk tangga Main bawah kerusi dan meja makan Tengok TV tapi punyalah dekat. Kalau ada karakter yang menarik hati, dia akan tepuk-tepuk skrin TV tu...adeih la...

Sisterhood Award

Award ni diterima dari Ira a.k.a Cloud9 , my blogger and forumer friend. Thank you so much....muah2x