Skip to main content

Posts

Cerita Pasal Susu Ibu

Sedih betul kalau dikenang production susu aku sekarang...setiap hari aku terpaksa top up dengan stock beku satu atau dua ketul. Jarang-jarang sekali aku dapat memenuhi keperluan harian Farzana di taska. Umpama mimpi kalau aku dapat hasil yg boleh dijadikan stock. Semua mimpi ngeri ni bermula ketika bulan puasa tempohari. Pada masa tu memang hasil perahan amat merosot akibat kurang minum air dan makan. Tapi aku sabarkan hati dengan harapan semuanya akan kembali normal selepas raya nanti tapi....dah sebulan hari raya pun produksi aku masih di takat tu...mujur aku ada banyak stock beku yg aku buat sebelum ni, inilah penyambung hayat breastfeeding journey aku sekarang. But...pagi ni aku jengah peti sejuk aku tu, hanya tinggal empat ketul je lagi stock aku yg ada...means hanya cukup untuk 4 kali feedings je lagi. scary....huhuhuhu... Sebenarnya berat badan aku susut sangat drastik semasa bulan puasa...aku sekarang hanya lebih kurang 42kg ketika tu, adakalanya mencecah 41kg sahaja. Aku ...

Rumah dah bersawang...

Dah lama tak jenguk umah yg satu ni, sampai dah berhabuk, bersawang....tak bersapu sejak raya tempohari. Bukannya aku takde story...banyak story sebenarnya tapi disebabkan masa yg mencemburui membuatkan aku tak sempat nak kemas-kini blog ni. Blog kawan-kawan pun dah lama tak lawat...sorry ye semua....bukannya aku tak sudi....huhuhuhu.... Btw, gambar raya aku tak byk sgt sebab raya kat umah MIL, dia puny feeling raya tu tak sampai daaa....org pantai timur ni kan kurang memeriahkan Aidilfitri...yg best cuma budak-budak je kot sebab dapat duit raya...mak bapak budak meraung sebab asyik kena pow di sana-sini....huarghhh.....jatuh papa kedana sekejap time tu, nasib baik le gaji bulan ni awal sebab ada sambutan Deepavali. Tahun ni mengikut kiraan kasar kitorg telah membelanjakan lebih kurang RM800 untuk duit raya je...itu belum masuk berlanja sampingan yg lain mcm makanan, minumam, minyak kereta dan jugak tol. Kenapa banyak sangat??? Hehehehe...aku ada anak buah yg ramai....kat sebel...

Persembahan Raya?

Hish....seumur hidup aku tak pernah terfikir aku akan kena buat persembahan pada majlis jamuan hari raya. Iye....aku memang selalu buat persembahan time skulah dulu tapi persembahan untuk hari raya tak pernah terlintas kat kepala aku ni....tup,tup bila dah kerja ni pulak aku kena... Actually cerita cenggini...jabatan aku nak buat majlis sambutan hari raya tak lama lagi so organizer minta setiap unit kat dalam jabatan kitorg present satu persembahan semasa jamuan tu nanti. Unit aku pun terlibat sama la untuk contribute something. Pening jugak kepala aku fikir apa la yg nak dipersembahkan nanti, setakat nyanyi lagu raya tu mesti dah common kan? So korang ada any ideas??

Story Mory...

I had a lot of story about our raya celebration to tell....but I'm very busy with tons of office and home works... So people...wait yaa.....I'll upload pics together with the stories.... Sekarang ni tengah busy tahap gaban, umah pun sepah-sepah...tak leh nak jemput orang datang beraya...huhuhuhuhu....

The Raya Day 2009

Salam bersiaran dari teratak bonda mertuaku...kat Kota Bharu....kitorang satu family berhari raya di rumah mertua, hari raya ke-3 baru la nak bergerak pulang ke kampung ayah bondaku. Sedih tau berhari raya di perantauan...eh chewah...ter"emo" plak.... Menu hidangan raya di sini amat berbeza dari kampung halamanku....ada sate, kuzi yg di makan dengan roti, nasi dagang, ketupat manis dan tapai pulut...owh...aku rindu sangat dengan rendang daging mak aku dan juga ketupat palasnya...nyum, nyum... Balik raya ke-3 nanti masih adakah lagi yg bersisa???Huhuhuu....

Ter'shopping" @ The Body Shop

Hari Selasa officemate (Kak Yati) aku tengah blog hopping...satu kali aku terpandang satu blog tu story pasal dia beli Mini Brush Kit dari The Body Shop. Since brush eyeshadow aku pun dah punah/reput dan aku memerlukan brush untuk powder foundation aku so aku pun gedik-gedik ajak officemate aku tu ke The Body Shop. So...off we go, cilok sekejap dari opis...ngulor je kerojenye...hehehehe. Kak Yati yg jadi penunjuk arah...opss...aku tumpang kereta dia jugak sebab hari ni aku hicthin' ride my beloved hubby. Kereta aku tersadai dek mati roadtax dan insurance....weih....time nak raya ni pulak dah sampai ajal ko....mana aku nak korek duit??? Kitorang ke The Body Shop kat Bangsar Shopping Center, teringat pulak aku dengan kes Canny Ong...korang ingat tak? Kat sinilah dia kena kidnap sekali dengan kereta Tiara dia oleh penyelenggara kapal terbang tu...apa ntah nama mamat tu...Najib ke?? Lupa pulak aku....anyway BSC punya parking lot sekarang dah cerah terang dek lampu-lampu yg banyak ter...