Skip to main content

Posts

Sukan Tahunan Tadika TNB KL 2010 - Part 2

Entry ini sambungan dari yang part 1. Acara Lumba Lari 25 meter - Perempuan 6 tahun Macam tahun lepas jugak, Fatini dapat nombor satu. Seronok betul dia dengan sukan kegemaran dia ni....berlari. The Final Result. Bila di kira markah keseluruhan, rumah kuning hanya berjaya mengumpul 580 markah sahaja. Dapat tempat ketiga...menjunam jatuh dari kedudukan juara keseluruhan semasa sukan tahunan yang lepas...huhuhu. Baca entry sukan tahunan 2009 di sini

Sukan Tahunan Tadika TNB KL 2010 - Part 1

Seperti tahun lepas, tahun 2010 ini pun tadika Fatini mengadakan hari sukan tahunan. Tahun ni Fatini hanya terlibat dalam 2 acara je iaitu Obstacle Run dan Lumba Lari 25 meter Perempuan 6 tahun . Tak banyak story to tell so korang layan gambar jelah. Owh...gambar kurang menarik aku rasa telah di ambil oleh En.Hubby sebab omak eh sibuk jaga baby Muhammad. Acara Perbarisan Rumah Sukan - Rumah Kuning/Daisy Persembahan Gimrama Tapi Fatini tak masuk acara gimrama ni sebab dia selalu ponteng sekolah, so susah nak buat latihan. Mau tak kerap ponteng, mama dia kan cuti 2 bulan so kalau papa kena keluar kerja anak-anak pun tak sekolah la... Acara Obstacle Run Untuk acara ni Fatini dan kawan-kawan yang mewakili rumah kuning dapat nombor 2. Okay la tu kan... Ikuti sambungan Sukan Tahunan Tadika TNB KL 2010 - Part 2 ye.....

EBM for Muhammad

Tempohari aku ada mention nak menulis pasal breast feed si Muhammad ni kan...so here we go.... Masa memula melahirkan Muhammad, detik pertama nak breast feed dia membuatkan aku agak kecewa sebab...Muhammad tak pandai nak menyusu!!! Tak macam Farzana yang terus je pandai cari dan suck nipple aku, si Muhammad ni aku terpaksa bukakan mulut dan suap nipple tu ke dalam mulut dia, pastu agak lama mencuba barulah dia start menghisap. Lama tak lama tu dalam setengah jam jugak la aku duk godek si mamat ni....haish...sungguh mencabar time tu, dengan kita yang masih letih dan sakit baru lepas bersalin terpaksa pulak berusaha keras nak susukan dia supaya dia tidak terlepas menyusu dalam jam yang pertama selepas dilahirkan. Udah dia dapat menghisap tu dalam 2-3 kali sedut dia boleh layan tido pulak, aku kejutkan dengan bermacam-macam cara baru la dia terjaga dan menyusu semula. Aku ingatkan maybe dia masih kenyang sebab tu dia taknak minum, rupa-rupanya next feeding session pun Muhammad ni ...

Rumah Blackout

Semalam petang dalam 3.45 tu rumah aku dan jiran-jiran blackout. Berpeluh-peluh la aku dan Muhammad kat dalam rumah, nasib baik ada stroller fan cam dalam gambar kat bawah ni, dapat jugak Muhammad dan mama dia tido dgn lena. Nak buka pintu supaya angin petang masuk aku risau binatang tak diingini masuk ke rumah pulak. Masih meremang tau leher ni setiap kali teringat kes ular tu. Baca entry pasal ular tu di sini . Blackout petang semalam tu lama le pulak. Bila hubby dan anak-anak sampai ke rumah dlm pukul 6 tu pun masih takde eletrik lagi, dah 2 jam lebih ni. Lepas hubby aku solat Asar kitorang pun keluar la jenjalan, duduk rumah dgn takde eletrik ni mau semua org tanggal baju karang. So kitorang pun menuju ke satu tempat yg sesuai untuk makan, jalan-jalan dan baby friendly. Ini elemen paling penting sebab dgn Muhammad yg heavy wetter dan breastfeed so kena la lepak tempat yg selesa untuk kitorang. Kitorang melepak di Jusco Bukit Tinggi sampai pukul 9 malam...haaa....ambik ko. Takde ...

Baby Muhammad update - hari ke 25

Pejam celik pejam celik dah 25 hari berlalu, cepat pulak rasanya tempoh berpantang kali ni. Lagi sebulan dah kena masuk opis balik, kembali menyerabutkan otak terutama sekali nak menghadapi kerenah-kerenah manusia kat sana tu. Aku sukakan kerja aku, dah kena dgn jiwa tapi aku rasa rimas dgn persekitarannya. Takpelah....baik takyah cerita, buat sakit mata je membacanya. Baby Muhammad aku perasan agak manja karakternya. Asyik la merengek-rengek halus sensorang, kalau yg mcm ni tak diberi perhatian pun takpe, nanti dia diam sendiri. Bila time dia merengek halus ni aku tahu lah yang sebenarnya dia tengah buang air besar atau nak kentut. Kelakar kan?? Itu pun nak merengek, sebab tu aku kata dia a bit manja. Muhammad ni sangat heavy wetter, diapers harus ditukar maksimum 3 jam sekali. Kalau dah terlajak time tu alamatnya basah la baju seluar dia semua. Dedulu aku tak pandai nak agak time tapi sekarang ni bila dah tahu budget so kurang la aktiviti menukar baju seluar yg basah. ...

Ada Pending Posts

Aku adalah nak story pasal hari sukan sekolah Fatini Sabtu yang lepas tapi anak-anak telah mendera mama diorang dgn jayanya sampai aku tak sempat nak mengarang. Niat di hati nak sambung story tu hari ni memandang dedua tuan puteri tu pegi sekolah tapi....si Muhammad pulak sambung aktiviti dera-mendera mama nan seorang ni. Alahai la anak....kesian la kat mama korang yang makin kurus ni, nak mamam pun tak sempat-sempat lagi. Memang patut pun syurga tu di bawah telapak kaki ibu..... Korang tunggulah story tu aku publish nanti ye..... p/s: Aku berangan nak tulis novel online tapi kalau dah cenggini penangannya....camno nak buek???

Do you save or spend money during sales?

Duk sesaja ni aku teringat kat billboard yang pernah aku nampak kat jalan. "Do you save or spend money during sales?" Camtu la lebih kurang ayat dia, exact word aku tak ingat. Iklan ni kalau tak silap by News Strait Times. Bila nengokkan ayat ni....apa korang punya pendapat? Bagi aku la kan, kita sebenarnya lebih banyak spend dari save bila shopping time sales ni. Yelah, maybe barang yang kita betul-betul nak dan aimed nak beli time ada sales tu cuma satu,dua je tapi bila dah sampai time, kita usung satu troli penuh barang. Camne tu?? Ada pulak barang yang kita terbeli tu langsung tak berguna untuk kita, tapi kita beli jugak sebab ada less 70%. Itu belum kira dengan buy 1 free 1, dapat free gift bila beli sesuatu barang dan macam-macam lagi promotion time tu. Silap-silap kalau iman tak kuat, mau terberanak lagi sebuah troli. Bukan pompuan je yang rambang mata time sales ni, lelaki pun sama jugak. Tak caya?? Ini kisah En.Hubby aku la, masa aku berpantang si Farzana...