Skip to main content

Posts

Happy Birthday Nur Fatini - 6 years

Hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran Nur Fatini yang ke-6. Tak Sangka ye anak aku yang sulung dah 6 tahun, tahun depan dah nak  ke sekolah kebangsaan. Disebabkan mama yang sibuk dengan baby so tahun ni takde plan nak celebrate macam tahun lepas, lagi pun papa dia mcm keberatan je nak bagi green light. Kesian kat kakak, jadi mangsa keadaan. Maybe next week baru nak belikan kek untuk dia buat acara potong-potong kat sekolah. Lagi pun sepanjang minggu ni kakak tak pegi sekolah pun sebab papa outstation, takde orang nak hantarkan. Apa-apa pun Happy Birthday Kakak. Semoga kakak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan menjadi anak yang solehah...amin.

Jawatan Kosong : Penolong Pegawai Perubatan

Ada kekosongan jawatan seperti yang dinyatakan di atas di Tenaga Nasional Berhad (TNB). Sesiapa yang berminat dan memenuhi kriteria silalah memohon. Nama Jawatan :  Penolong Pegawai Perubatan Jenis Permohonan : Bukan Eksekutif - Manual Bahagian Corporate Division (4001) Tenaga Nasional Berhad Lokasi : • Dispensari TNB Ibu Pejabat, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur • Dispensari Stesen Janaelektrik Sultan Ismail, Paka Terengganu • Dispensari Stesen-Stesen Janaelektrik, Cameron Highlands • Dispensari TNB Integrated Learning Solution (ILSAS), Bangi, Selangor Tarikh Tutup Permohonan :  13/8/2010 12:00 AM Huraian Tugas & Tanggungjawab : · Mentadbir dan mengurus dispensari TNB · Membantu Doktor dalam perawatan pesakit · Memberi rawatan kepada pesakit luar · Merawat kes-kes kecemasan · Mengurus dan memberi ubat · Menjalankan pemeriksaan makmal · Memberi kaunseling kepada pesakit · Bertugas atas panggilan (Stand-by) Syarat-syarat Kelayakan : · Memiliki...

Jehan Miskin

Alkisahnya Fatini tengok la sedutan drama Buta Warna kat TV. Pelakon-pelakonnya adalah Awie, Jihan Raja Lawak dan Jehan Miskin. Akan ditayangkan di Astro Ria (Saluran 104) pada 29 Julai ni jam 9.00 malam. Pastu tetiba dia tanya aku... Fatini: "Mama...Jehan Miskin tu dia miskin ek??" Mama: "Eh...takdelah" Fatini: "Itu dia kata Jehan Miskin" Mama: "Itu nama dia jelah..." Fatini: "Abis tu kenapa dia bubuh nama dia miskin?? Nanti jadi miskin...." Mama: "Gaaa...." (tatau nak jawab dah) Takpe kakak, nanti kalau kita jumpa pakcik Jehan Miskin ni kita tanya dia ye... p/s: Pakcik Jehan...mama google bubuh gambar pakcik yang terpaling hensem tau...

Shutter

Image via Wikipedia Siapa pernah tengok filem "Shutter"?? Shutter ni adalah sebuah filem Thailand mengisahkan seorang jurufoto, Tun yang diganggu roh bekas kekasihnya, Natre. Dah lama la jugak filem ni diterbitkan, rasanya dalam tahun 2004 kot. Memang best lah filem ni, bagi penggemar filem seram memang patut tengok. Jalan cerita dia menarik dan mudah difahami, takde satu pun scene yang membosankan atau tiada makna. Dalam filem ni si jurufoto ni dah kekasihnya sekarang, Jane kemalangan terlanggar seseorang yang sebenarnya adalah bayangan roh bekas kekasihnya, Natre. Sejak dari hari itu Tun selalu rasa sakit di bahagian leher, walau pun dah pergi check dan x-ray kat hospital pun masih tak dapat kesan penyebabnya. Banyak gambar-gambar yang diambil oleh Tun ni mempunyai bayangan putih atau seakan-akan wajah Natre di dalamnya. Dah bermacam-macam cara dilakukan untuk menghilangkan gangguan yang Tun hadapi termasuklah upacara sembahyang dan membakar mayat Natr...

Singkong dan Keju

Kau Bilang Cinta Padaku Kalau ku Bilang Pikir Dulu Selera Kita Terlalu Jauh Berbeda Parfum Mu Dari Paris Sepatu Mu Dari Italy Kau Bilang Demi Gengsi Semua Serba Luar Negeri Manakah Mungkin Mengikuti Caramu Yang Penuh Hura-hura Korus Aku Suka Jaipong Kau Suka Disko Oh Oh Oh Oh Aku Suka Singkong Kau Suka Keju Oh Oh Oh Oh Aku Dambakan Seorang Gadis Yang Sederhana Aku ini Hanya Anak Singkong Aku Hanya Anak Singkong   Korang ingat tak lagu ni?? Lagu Indonesia ni tajuknya "Singkong dan Keju", dinyanyikan oleh Arie Wibowo. Aku membesar dengan lagu ni la...masa aku kecik-kecik dulu lagu ni selalu menjadi siulan semua orang. Lama sudah masa berlalu...kurang lebih 20 tahun nan lalu (nampak sangat aku ni dah tua kan?). Nak dijadikan cerita, petang tadi aku tengok drama Indonesia di TV3, dalam siri Naluri tu. Dramanya berkisar tentang ketuhanan dan keinsafan. Ops...aku bukan nak cerita pasal drama tu tapi...setelah 20 tahun berlalu aku baru tahu dari drama...

Baby Muhammad hari ke-49

Hari ni dah 49 hari umur baby Muhammad. Perangai pun dah makin berubah, dah mula pandai tengok TV, mungkin dia nampak bayang gambar yang bergerak-gerak dan warna-warna dari TV tu. Muhammad juga dah tak menangis bila aku dukung dia menggunakan baby carrier, so boleh la aku sidai baju sambil dukung dia. Kalau sebelum ni terpaksa aku tinggalkan baju yang sedang disidai berkali-kali sebab melayan Muhammad yang menangis kat dalam rumah. Barut baby pun semakin banyak yang dah tak muat di pakai, dah semakin membesar bagai johan si Muhammad ni...Alhamdulillah. Cuma aku ralat sedikit dengan barut baby jenama Fiffy yang aku beli, langsung tidak berguna. Tidak berguna dalam erti kata memang langsung tak boleh digunakan sebab lebar kainnya yang sangat kecil dan panjang barut pulak terlebih panjang. Material kainnya pula sangatlah nipis. Membazir duit je beli...nasib baik aku beli 2 pcs je... Yang berbaloi dan puas hati dibeli dan di pakai adalah jenama Puppy Winks, kainnya lebar dan panjang se...

Surat Untuk Fatini

Tadi kat dalam post box ada sepucuk surat untuk Fatini, dalam sampul surat bertingkap. Wahh....kecik-kecik dah dapat surat rasmi ni. So aku (mama yg kepuchi) pun bukak la....Jeng, jeng, jeng.... Surat jawapan permohonan ke tahun satu rupanya.... So, next year ke SK Bukit Bandaraya la kitorang every morning. Hujung tahun ni terpaksalah mama pegi shopping sakan...beli baju, kasut dan kelengkapan sekolah kakak. Terapi minda...hehehe