Skip to main content

Posts

Menghilangkan Kesan Lebam di Peha dan Lengan

Dalam post terdahulu aku ada ceritakan cara untuk mengelakkan dari kesan lebam-lebam di peha dan lengan yang disebabkan oleh gangguan jin. Untuk membaca post berkenaan, sila klik di sini . Sebenarnya bukan semua lebam adalah akibat dari gangguan jin, terdapat juga yang disebabkan oleh masalah kesihatan iaitu akibat tekanan darah yang rendah. Cara untuk mengenal pasti lebam yang disebabkan perbuatan jin ialah, regangkan kulit di kawasan lebam dengan menggunakan jari dan diteliti kesan lebam tersebut. Jika ianya gangguan jin maka akan terdapat tanda seperti kesan gigitan gigi. Mengikut Ustaz Kazim Elias, cara untuk menghilangkan gangguan jin berkenaan ialah dengan mengamalkan mandi sewaktu sebelum gelap petang, seelok-eloknya pada pukul 6.30 petang. Ambil 3 biji limau nipis dan di bacakan Al-Fatihah sebanyak 7 kali, kemudian di potong dan diramas ke dalam sebaldi air. Air inilah yang dibuat mandian pada pukul 6.30 petang dan diulangi amalan yang sama selama seminggu. ...

Farzana dan Main Mak-Mak

Farzana dah besar, dah berumur 2 tahun 5 bulan. Dah jadi kakak yang baik dan dah pandai main mak-mak. Masa main mak-mak tu dia akan tiru semua perbuatan aku kat dia, dia akan buat benda yang sama kat baby doll dia macam....bagi mandi, basuh yak-yak dan bagi susu. Haaa....part bagi susu ni la yang best sebab sangat la berbeza cara dia susukan baby doll dia tu dengan zaman aku dulu. Masa zaman aku kecik-kecik, aku akan bagi baby doll aku minum susu guna botol susu. Nak pura-pura breastfeed amatlah jauh sekali sebab rasa malu yg sangat menebal di dalam dada, padahal mainnya sensorang je. Masa aku baby dulu aku hanya menyusu susu ibu aku sekejap je kata mak, lepas tu susu mak aku pun dah kering, takmo terhasil lagi dah. Mungkin faktor usia mak aku yang melahirkan aku masa umurnya 41 tahun, hormon prolaktin pun dah kurang dan mungkin juga dah bukan rezeki aku untuk terus menyusu dengan mak...maka selepas tu aku pun jadilah anak susuan lembu kekdahnya...huhuhu. Situasi...

Lebam-lebam di lengan dan peha?

Salam semua, Mesti korang pernah dengar, lihat atau alami sendiri kejadian lebam-lebam sama ada di lengan atau di peha. Elok-elok je tido malam ni, esok pagi bangun tengok dah ada "love bite" yang tak tahu datang dari mana. Haa....ada kan? Ada kan? Okey, tengahari tadi sewaktu rehat hari Jumaat, aku pun dengar la koleksi ceramah-ceramah agama dari Ustaz Kazim Elias. Dalam ceramah dia tu ada diselitkan cara-cara untuk elakkan dari mendapat lebam-lebam ini yang sebenarnya berpunca dari gangguan jin. Kalau lebam akibat terhantuk bucu meja tu lain kes, cara-cara ni tak terpakai ye. Ustaz Kazim nyatakan empat cara iaitu: 1) Jangan mandi sewaktu Maghrib 2) Jangan mandi berbogel, jin pun suka skodeng kata ustaz tu. 3) Jangan makan di atas tempat tido, sisa-sisa makanan tu akan dipungut oleh jin. 4) Bersihkan seluruh mulut (seeloknya bersugi) sebelum tido. InsyaAllah, masalah lebam-lebam tersebut akan dapat dielakkan sekiranya kita mengamalkan kaedah di atas. Kepada se...

Jawatan kosong : Juruteknik Tingkatan Biasa “B”

Nama Jawatan : Juruteknik Tingkatan Biasa "B" - Gred TT09/10 Syarikat : Tenaga Nasional Berhad Tarikh Tutup Permohonan : 15 Oktober 2010 Syarat-syarat Kelayakan : 1. Warganegara Malaysia 2. Mempunyai Sijil Kejuruteraan Elektrik (Kuasa / Elektronik / Kawalan & Instrumen) dari Politeknik atau institusi –institusi pengajian tinggi yang diiktiraf dengan mendapat CGPA 3.00 dan ke atas. DAN 3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) (SPM/SPMV) dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia dan lulus dalam matapelajaran berikut: · Bahasa Inggeris · Matematik 4. Umur tidak melebihi 30 tahun pada 31 Disember 2010. 5. Sihat tubuh badan dan tidak rabun warna. 6. Berkebolehan menggunakan komputer. 7. Sanggup ditempatkan di mana-mana negeri seluruh Semenanjung Malaysia 8. Keutamaan adalah kepada calon lelaki. Permohonan adalah secara online. Untuk maklumat lanjut sila klik di sini  

Gigi Susu Fatini

Pagi semalam Fatini telah kehilangan gigi susunya yang pertama. Gigi di bahagian bawah tersebut gugur kerana telah matang dan bakal digantikan oleh gigi dewasa kelak. Dengan gugurnya gigi susu ni Fatini harus lebih rajin menjaga kebersihan giginya sebab gigi dewasa kalau sudah rosak takkan ada penggantinya lagi kecuali dengan memakai gigi palsu. Dah besar dah anak mama...dah 6 tahun, tahun depan dah nak ke sekolah kebangsaan. Kelakar pulak mama tengok muka kakak takde gigi...hihihi...macam nenek kebayan. Si kakak kecik ni pun sibuk je nak ambik gambar gigi dia jugak. Ini pulak gambar si Muhammad tengah tido interframe...berat terkini 6.7 kg, berkat menyusu susu ibu sepenuhnya. Alhamdulillah Muhammad pun dah sihat, harap-harapnya kekal macam tu lah sehingga dewasa.

Mengidam..

Betul la apa yang korang baca tu...memang aku tengah mengidam nih. Tapi....aku mengidam bukan sebab aku mengandung lagik ye.... Aku sebenarnya tengah mengidamkan benda ni... Shantek kan??? Nak bagi air liur meleleh lagi??? Nah ambik ni...cuba tengok spec dia....  Intel Core i7 tu.....siap RAM 8GB lagi. Mana la achik ni tak meroyan, mahunya termimpi-mimpi tido memalam.   Tapi...yang membuatkan achik terdiam adalah...regenya RM3652, murah la tu. Cuma time-time lepas raya ni kat mana nak cekau duit sebanyak tu.   Err...kat mana nak dapat duit terpijak eh??? Korang tau tak??

Peristaltic Nipple

Sebelum ni kan aku ada bagitau yang baby Muhammad refused bottled feeding. Baca story tu kat sini Alhamdulillah sekarang dia dah mula minum susu dari botol dengan kapasiti yang normal. Kalau zaman Farzana dulu botol dan puting ajaib dia ialah botol MAM tapi si Muhammad ni lain pulak seleranya. Dah puas dicuba bermacam-macam jenis botol dan puting, dah berhabis duit ringgit juga membeli jenama itu dan ini akhirnya aku jumpa juga si ajaib itu...yang sesuai dengan selera Muhammad. Memperkenalkan peristaltic nipple keluaran Pigeon. Ia mempunyai 2 saiz iaitu untuk standard neck botlle dan wide neck botlle. Aku beli yang standard neck aje sebab senang nak fit dgn botol Medela, NUK, MLO dan Bumble Bee yang aku ada. Harganya RM13.90 bagi dua teat. Bacalah serba sedikit pasal peristaltic nipple ni...aku cut and paste dari website Pigeon. Nipple Features Super-Stretchable Teat section has an "accordion-like" portion that enables it to stretch in response to the peristaltic ...