Skip to main content

Posts

Mematikan Telefon Bimbit Ketika Solat

Panduan ini adalah buat pengetahuan kita semua. Dibolehkan dalam syarak untuk mematikan telefon bimbit yang berbunyi ketika sedang bersolat.

Iklan Kekosongan Jawatan - Program Eksekutif Pelatih & Eksekutif Teknik

Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah sebuah syarikat utiliti elektrik terbesar di Malaysia yang tersenarai di papan utama Bursa Malaysia dan memberikan perkhidmatan kepada lebih dari 7 juta pelanggan di Semenanjung Malaysia serta Sabah. TNB memainkan peranan penting dalam kemajuan negara, ekonomi serta kesejahteraan rakyat dengan menyediakan perkhidmatan yang berdaya harap dan efisyen. Bagi memastikan kecemerlangan perkhidmatan TNB berterusan serta mendokong visi kepimpinan yang strategik, TNB terus berusaha untuk mencari bakat-bakat baru dan dengan ini menjemput mereka yang berkelayakan untuk berkhidmat dengan TNB. Bidang-bidang akademik yang diperlukan adalah seperti berikut: Pemegang Ijazah: • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (pengkhususan dalam Elektrik Kuasa diutamakan) • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan • Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komp...

Muhammad Dah Pandai Meniarap

Akhirnya setelah Muhammad berumur 5 bulan, barulah dia pandai meniarap. Hmmm...agak lambat sebenarnya dia berjaya meniarap kalau nak dibandingkan dengan baby yang sebaya dengannya. Rasanya badannya yang montel dan sedikit berat tu yang melambatkan proses meniarapnya. Berapa berat Muhammad sekarang??? Aku pun tak sure sebab masa bulan lepas aku ada sesaja je letak Muhammad atas penimbang kat klinik, masa tu aku pegi sebab nak nebulizer si Muhammad. Jarum scale tu tunjuk melepasi angka 7 kg tapi perpuluhan berapa tu aku tak sure sebab penimbang tu sangat kabur, maklumlah penimbang dah uzur. Untuk umur dia 5 bulan ni dia belum ambil jab lagi sebab jab yang 3 bulan (2nd DTP & Polio) hari tu kitorang ambil lewat sikit. Muhammad dah pandai express perasaan marahnya dengan menjerit-jerit. Bila jeritan dia tak dilayan barulah dia akan menangis. Muhammad sangat suka di agah dan suka bila kita tunjukkan happy faces, tersengih je dia tengok kita. Dia juga dah pandai tarik-tarik toys...

Menghilangkan Kesan Lebam di Peha dan Lengan

Dalam post terdahulu aku ada ceritakan cara untuk mengelakkan dari kesan lebam-lebam di peha dan lengan yang disebabkan oleh gangguan jin. Untuk membaca post berkenaan, sila klik di sini . Sebenarnya bukan semua lebam adalah akibat dari gangguan jin, terdapat juga yang disebabkan oleh masalah kesihatan iaitu akibat tekanan darah yang rendah. Cara untuk mengenal pasti lebam yang disebabkan perbuatan jin ialah, regangkan kulit di kawasan lebam dengan menggunakan jari dan diteliti kesan lebam tersebut. Jika ianya gangguan jin maka akan terdapat tanda seperti kesan gigitan gigi. Mengikut Ustaz Kazim Elias, cara untuk menghilangkan gangguan jin berkenaan ialah dengan mengamalkan mandi sewaktu sebelum gelap petang, seelok-eloknya pada pukul 6.30 petang. Ambil 3 biji limau nipis dan di bacakan Al-Fatihah sebanyak 7 kali, kemudian di potong dan diramas ke dalam sebaldi air. Air inilah yang dibuat mandian pada pukul 6.30 petang dan diulangi amalan yang sama selama seminggu. ...

Farzana dan Main Mak-Mak

Farzana dah besar, dah berumur 2 tahun 5 bulan. Dah jadi kakak yang baik dan dah pandai main mak-mak. Masa main mak-mak tu dia akan tiru semua perbuatan aku kat dia, dia akan buat benda yang sama kat baby doll dia macam....bagi mandi, basuh yak-yak dan bagi susu. Haaa....part bagi susu ni la yang best sebab sangat la berbeza cara dia susukan baby doll dia tu dengan zaman aku dulu. Masa zaman aku kecik-kecik, aku akan bagi baby doll aku minum susu guna botol susu. Nak pura-pura breastfeed amatlah jauh sekali sebab rasa malu yg sangat menebal di dalam dada, padahal mainnya sensorang je. Masa aku baby dulu aku hanya menyusu susu ibu aku sekejap je kata mak, lepas tu susu mak aku pun dah kering, takmo terhasil lagi dah. Mungkin faktor usia mak aku yang melahirkan aku masa umurnya 41 tahun, hormon prolaktin pun dah kurang dan mungkin juga dah bukan rezeki aku untuk terus menyusu dengan mak...maka selepas tu aku pun jadilah anak susuan lembu kekdahnya...huhuhu. Situasi...

Lebam-lebam di lengan dan peha?

Salam semua, Mesti korang pernah dengar, lihat atau alami sendiri kejadian lebam-lebam sama ada di lengan atau di peha. Elok-elok je tido malam ni, esok pagi bangun tengok dah ada "love bite" yang tak tahu datang dari mana. Haa....ada kan? Ada kan? Okey, tengahari tadi sewaktu rehat hari Jumaat, aku pun dengar la koleksi ceramah-ceramah agama dari Ustaz Kazim Elias. Dalam ceramah dia tu ada diselitkan cara-cara untuk elakkan dari mendapat lebam-lebam ini yang sebenarnya berpunca dari gangguan jin. Kalau lebam akibat terhantuk bucu meja tu lain kes, cara-cara ni tak terpakai ye. Ustaz Kazim nyatakan empat cara iaitu: 1) Jangan mandi sewaktu Maghrib 2) Jangan mandi berbogel, jin pun suka skodeng kata ustaz tu. 3) Jangan makan di atas tempat tido, sisa-sisa makanan tu akan dipungut oleh jin. 4) Bersihkan seluruh mulut (seeloknya bersugi) sebelum tido. InsyaAllah, masalah lebam-lebam tersebut akan dapat dielakkan sekiranya kita mengamalkan kaedah di atas. Kepada se...

Jawatan kosong : Juruteknik Tingkatan Biasa “B”

Nama Jawatan : Juruteknik Tingkatan Biasa "B" - Gred TT09/10 Syarikat : Tenaga Nasional Berhad Tarikh Tutup Permohonan : 15 Oktober 2010 Syarat-syarat Kelayakan : 1. Warganegara Malaysia 2. Mempunyai Sijil Kejuruteraan Elektrik (Kuasa / Elektronik / Kawalan & Instrumen) dari Politeknik atau institusi –institusi pengajian tinggi yang diiktiraf dengan mendapat CGPA 3.00 dan ke atas. DAN 3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) (SPM/SPMV) dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia dan lulus dalam matapelajaran berikut: · Bahasa Inggeris · Matematik 4. Umur tidak melebihi 30 tahun pada 31 Disember 2010. 5. Sihat tubuh badan dan tidak rabun warna. 6. Berkebolehan menggunakan komputer. 7. Sanggup ditempatkan di mana-mana negeri seluruh Semenanjung Malaysia 8. Keutamaan adalah kepada calon lelaki. Permohonan adalah secara online. Untuk maklumat lanjut sila klik di sini