Skip to main content

Posts

WQ PARK Rehabilitation Centre

Post ini khas buat Puan Juzer/Nieza dan sesiapa yang nak tahu mengenainya...sharing is caring kan... Asu tak pernah pegi tapi asu ada attend consultation session by diorang kat opis asu dulu...very friendly. Memang rasa macam nak pegi tapi penyakit bertangguh ni lagi kuat berbanding penyakit sakit belakang ni maka...tunggulah dulu ye...hehehehe Location We are located in Kelana jaya, easily accessible from the Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP Highway) Address Centre: WQ Park Health & Rehabilitation Centre Lot 2D, Jalan SS5D/6 Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya Tel : +6 03 7804 4171 / 8171 Fax: +6 03 7805 2171 http://www.wqpark.com.my/ info@wqpark.com.my

Ingin Memiliki Rumah Dan Tinggal Dengan PERCUMA???

PERCUMA???? Semua orang sangat suka dengan perkataan ini, bila disebut aja percuma pasti akan mengukir senyuman. Siapa yang tak mahu sesuatu yang percuma? Kalau menolak tawaran yang di beri percuma seolah-olah menolak tuah lagaknya. Haaa....kalau bab-bab makan percuma tu aku tak dapat la nak menolong tapi kalau bab nak beli rumah pastu nak tinggal di rumah tu secara percuma, aku ada panduannya. Korang nak tak??? Okey, ceritanya begini....seorang sahabat aku telah menulis sebuah buku tentang panduan untuk membeli rumah pertama. Buku tersebut menceritakan tentang proses-proses dari memilih rumah jenis apa yang patut di beli, rumah di kawasan mana yang sesuai dimiliki mahu pun kawasan yang sewajarnya dielakkan. Turut disertakan panduan memohon pinjaman perumahan, penerangan ringkas mengenai skim-skim pinjaman perumahan yang ditawarkan oleh bank serta serba sedikit mengenai BLR. Bagi yang berminat untuk membeli rumah lelong pun ada digarapkan panduan mengenainya oleh penulis. Pendek...

Walking through 7 wonderful months...Part 1

Hai mommies...nama saya Muhammad. Hari ni mama saya tengah blues so dipaparkan gambar-gambar saya dari lahir hinggalah saya berumur 7 bulan. Comel kan saya??? Nanti kalau raya mommies semua jangan lupa bagi duit raya ye....muaahhhh....  04/06/2010 - Ini Muhammad selepas dilahirkan, masih kat dalam labour room. 04/06/2010 - Muhammad ketika di dalam bilik mama, kat ward. 26/06/2010 - Muhammad's first outing, ke Hari Sukan Tadika TNBKL 07/07/2010 - Muhammad semasa berumur satu bulan (33 hari). 23/07/2010 - Muhammad ketika lagi seminggu lebih nak masuk umur dua bulan (49 hari). 07/08/2010 - Muhammad menangis sebab kakak-kakak berebut-rebut nak peluk (2 bulan). Due to network lembab nak upload gambar dan edit post maka mama akan sambung di dalam Part 2...tunggu ye mommies....

Selamat tahun baru 2011

Lama gila tak menulis, kekok rasanya. Anak teruna dah besar, dah pandai meragam minta perhatian maka si ibu terpaksalah menumpukan perhatian yang lebih...tersadailah blog tak terusik (alasan...heheheh). Apa-apa pun selamat tahun baru semua...tahun baru Hijrah dan Masihi. Silalah berusaha merealisasikan azam-azam tahun baru korang semua ye... (Syhhh...aku ada azam lapuk yang carried foward) Tahun 2011 menyaksikan aku dan hubby mendapat pengalaman baru...hantar anak ke sekolah. Aku maksudkan sekolah yang bebetul ye...sekolah tadika tak aci... Yup, anak sulung aku dah masuk sekolah kebangsaan...dah umur 7 tahun dia di tahun 2011 ni. Bermakna....mak pak dia jugak dah bertambah umur, tua lagi 1 tahun...huhuhu Aku happy la anak aku excited nak sekolah, takdelah dia meraung ke, berjejeh ayaq mata ke...cool je. Yang paling tak tahan tu lagi 2,3  hari nak sekolah dah sibuk minta duit belanja...adeih.... To kakak Fatini, ingat pesan mama ye...belajar rerajin, nanti kerja best-best ...

Mematikan Telefon Bimbit Ketika Solat

Panduan ini adalah buat pengetahuan kita semua. Dibolehkan dalam syarak untuk mematikan telefon bimbit yang berbunyi ketika sedang bersolat.

Iklan Kekosongan Jawatan - Program Eksekutif Pelatih & Eksekutif Teknik

Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah sebuah syarikat utiliti elektrik terbesar di Malaysia yang tersenarai di papan utama Bursa Malaysia dan memberikan perkhidmatan kepada lebih dari 7 juta pelanggan di Semenanjung Malaysia serta Sabah. TNB memainkan peranan penting dalam kemajuan negara, ekonomi serta kesejahteraan rakyat dengan menyediakan perkhidmatan yang berdaya harap dan efisyen. Bagi memastikan kecemerlangan perkhidmatan TNB berterusan serta mendokong visi kepimpinan yang strategik, TNB terus berusaha untuk mencari bakat-bakat baru dan dengan ini menjemput mereka yang berkelayakan untuk berkhidmat dengan TNB. Bidang-bidang akademik yang diperlukan adalah seperti berikut: Pemegang Ijazah: • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (pengkhususan dalam Elektrik Kuasa diutamakan) • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan • Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komp...

Muhammad Dah Pandai Meniarap

Akhirnya setelah Muhammad berumur 5 bulan, barulah dia pandai meniarap. Hmmm...agak lambat sebenarnya dia berjaya meniarap kalau nak dibandingkan dengan baby yang sebaya dengannya. Rasanya badannya yang montel dan sedikit berat tu yang melambatkan proses meniarapnya. Berapa berat Muhammad sekarang??? Aku pun tak sure sebab masa bulan lepas aku ada sesaja je letak Muhammad atas penimbang kat klinik, masa tu aku pegi sebab nak nebulizer si Muhammad. Jarum scale tu tunjuk melepasi angka 7 kg tapi perpuluhan berapa tu aku tak sure sebab penimbang tu sangat kabur, maklumlah penimbang dah uzur. Untuk umur dia 5 bulan ni dia belum ambil jab lagi sebab jab yang 3 bulan (2nd DTP & Polio) hari tu kitorang ambil lewat sikit. Muhammad dah pandai express perasaan marahnya dengan menjerit-jerit. Bila jeritan dia tak dilayan barulah dia akan menangis. Muhammad sangat suka di agah dan suka bila kita tunjukkan happy faces, tersengih je dia tengok kita. Dia juga dah pandai tarik-tarik toys...