Skip to main content

Posts

Kasi muntah sikit...

Latest update 21/06/2011 - The tumor turn out to be a 3rd stage cancer. So he will start a 6 cycles of chemo very soon. Member aku  kat opis ni baru lepas operation membuang tumor/ketumbuhan kat dalam abdomen. Inilah rupa tumor tu...

J Card Day Jusco Bukit Tinggi Klang - 5&6 May

Buat sesiapa yang nak membeli sesuatu di Jusco, ada J Card day pada 5&6 Mei 2011 di Jusco Bukit Tinggi Klang. Di bawah adalah panduan lokasinya.... Selamat membeli-belah.

It's 4th of May

Today is my 31st birthday....yeah, I know that I'm getting older day by day. This is a special day but sadly I don't feel like going to post anything on my blog. So, this post is for space reserved...to save it for later. Maybe I'll wrote something when I am in the mode.

Jawapan GA Ummie Ina - Teka-teki lagi...hihihi...

Kak ina mesti nak pegi sini kan... Boleh anak-anak akak naik ini.... Boleh juga beramah mesra dengan ini... Dah penat-penat boleh la mandi kat sini....   Harap-harap betul la jawapan saya ni...

Stok EBM dah habis...

Hari ini aku telah menggunakan stok EBM terakhir yang berada di dalam peti sejuk aku. Ya Allah...hati aku sangat resah sekali...adakah ini bermakna perjalanan penyususan susu ibu secara eksklusif akan berakhir tak lama lagi?? Memang aku masih mampu membekalkan EBM walaupun tidak dapat memenuhi kehendak Muhammad sebanyak 20 oz sehari tetapi tidaklah bermakna eksklusif kalau terpaksa mencampur adukkan antara susu ibu dan susu formula. Tak sanggup rasanya nak membayangkan di saat aku menghulurkan tin susu formula kepada pihak taska kelak. Pastinya air mataku akan menitis hiba. Daku sudah pun menangis di dalam hati....

Projek baru

Dua orang sahabat kat opis ni bakal menjadi raja sehari, maka aku tetiba gatal tangan nak sumbangkan sesuatu buat diorang berdua. Bendanya simple je but yet stunning....eh..chewahhh! Ini ha bendanya....goodies bag made from brown paper bag. Gambar-gambar kat bawah adalah ehsan encik google. So sekarang ni aku tengah tunggu brown paper bag yang aku order dari http://www.pph.com.my/ dengan harga RM75 untuk 1000 pcs. Murah kan?? Tak sabar rasanya nak hias comel-comel paper bag tu....zaman aku kahwin dedulu mana ada semua ni, paling canggih pun orang bagi sapu tangan je time tu. Btw aku sponsor diorang goodies bag je...isi dalam taruk le sendiri...hahahaha.

Terasa Kosong..

Amaran: Post ini adalah luahan hati blues seorang wanita. Sila jangan muntah hijau di karpet opis ye.  Minggu ini seperti biasa En.Hubby kerja outstation lagi. Bukannya aku tak biasa, memang dah selalu aku ditinggalkan sejak perkahwinan kami 8 tahun yang lepas. Tapi entah kenapa pagi ini hidup aku terasa kosong, sunyi dan seolah-olah aku hilang pedoman. Ditengah-tengah hiruk-pikuk anak-anak menangis dan bertelagah sesama sendiri, fikiran aku pula menerawang entah ke mana. Semalam aku telah meluahkan rasa lelahku kerana terlalu kerap ditinggalkan pada si dia. Sesungguhnya aku dah jemu menghadapi rutin hidup sebegini dengan ketiadaan En.Hubby di sisi. Aku sangat letih hingga hampir sahaja aku mengambil keputusan untuk bercuti tanpa gaji sehingga Muhammad berumur setahun. Silap-silap ku sambung lagi sehingga dia berumur dua tahun pula. Dengan mengambil cuti tanpa gaji maka bolehlah aku meluangkan masa yang lebih buat membimbing pembelajaran Fatini, dapat juga aku me...