Skip to main content

Posts

Lawak raya 1

Kalau pakai benda ni baru la kuih raya menjadi...:-) posted from Bloggeroid

Tolong...rumahku bersawang...

Dah lama aku tinggalkan blog ini sepi, sunyi...sampai bersawang rumah mayaku. Tetiba hari ni aku dapat ilham untuk menulis. Adakah ini menandakan aku akan kembali aktif menulis? Sempatkah aku nak menulis sambil menguruskan anak-anak dan juga menjalani karierku yang terbaru yakni menjadi seorang pelajar sepenuh masa? Sampai saat sekarang pun time management aku entah ke mana...ke laut kata org2 sekarang (dah tua sgt ke aku?) Oklah, cukup melalut utk kali ini.... Buat yang belum tahu, aku sekarang sedang menyambung pengajian secara sepenuh masa di MSU dalam bidang Elektrik dan Elektronik. Doakan agar aku dapat buat yang terbaik dan lulus dgn cemerlang ye... Sedikit santapan mata...dah besar dah anak2 aku...Fatini 9 tahun, Farzana 5 tahun dan hero tunggal kami (buat masa ni belum ada penambahan lagi) Muhammad 3 tahun. posted from Bloggeroid

Comel

posted from Bloggeroid

Ceritera hari Ahad Muhammad

Semalam kakak-kakak dia sibuk pegi main kat swimming pool tapi budak kecik ni merengek-rengek ajak masuk dalam bilik, nak menyusu...last-last dia sambung tido... Aish, apa kes! Selalunya dia pun sibuk jugak nak join mandi. Rupa-rupanya dia rasa tak sihat badan. Bangun dari tido dah demam dan selsema....kesian...

Byk Post Outdated

Aku sebenarnya byk story nak cerita kat korang tapi nak compose blog post guna tablet ni bukanlah semudah yg di sangka terutamanya kalau ada attach gambar...adeih. Yelah, kalau guna komputer tu kita boleh simply klik sana sini ikut kemahuan kita tapi kalau kat tab ni, aku klik kat sini lain jadiknya...aku klik kat sinun, ke lain perginya. Pastu bila dah taip pjng-pjng dan aku rasa nak move ayat ni ke atas dan ke bawah satu hal lagi...bukan boleh drag je macam kita selalu buat kat komputer tu. Selalunya aku save as draft pastu bukak semula blog kat pc mana-mana dan edit post tadi, then baru aku publish. Letih la...last-last belambak-lambak drafted post yg aku ada tapi takde masa nak edit. Cuma satu je yang marbeles bila pakai tablet ni, aku boleh snap gambar dan terus publish kat blog. Dah tak payah nak transfer dari kamera ke pc lagi dah....dan....gambarnya pun mantop, memang aku puas hati dgn kualiti gambar dia. Hmmm...maybe aku patut explore pasal posting blog post via email ...