Skip to main content

Idea jahat mama

Subuh tadi mama bangun pam susu tapi guna pam manual Anakku, PISA mama tinggalkan kat opis sebab hari ni mama keje. Hari cuti je mama bawak balik umah, dah tak larat nak dukung Farzana lagi, menggalas PISA lagi so mama decide utk tinggalkan kat dalam loker je. Hari-hari gi opis mama hanya jinjit cooler bag Medela dgn aksessori pam yg perlu di basuh je yg mama heret pegi dan balik keje.

Semua aksessori termasuk botol susu kakak dan adik mama basuh gunakan Pureen Liquid Cleanser (khas utk cuci botol susu, teat, buah-buahan dan sayuran). Mama pilih yang perasa lemon so semua aksessori tu bau wangi je lepas basuh. hei...melalut ke mana la story mama ni...

Okeh, back to the original story.....

Lepas pam susu tu...ala...dapat le 3oz sebab pam sebelah je pastu guna manual, lagi le mama failed. Mama dapat idea jahat (jahat ke nih???) utk bagi kakak Fatini (4 tahun yek) minum susu mama tu. All this while dia memang reject langsung kalau mama offer dia utk rasa susu mama...malu le konon tu walhal kecik2 dulu yg tu jugak dia minum (tapi selama 2 bulan je...sob2x). Time tu kakak tgh tidur lagi so mama sumbat je botol susu tu kat mulut dia...tgh mamai2 tu dia nyot2 sampai habis lepas tu mintak lagi...hehehe....hati mama pun berbunga-bunga la so pi la rendam EBM yg ada kat dalam fridge. Dah penat2 rendam dan bagi kak kakak, dia takmo pulak. Mama rasa dia baru realise yg dia minum tadi tu bukan FM dia tapi susu original mama....huhuhuhu....

Pastu kakak tido balik dan about an hour dia bangun mintak kat mama susu...idea jahat mama datang lagi...mama campurkan FM kakak dgn EBM yg dia takmo tadi...hahaha...padan muko kakak.

p/s: Dear kakak, mama minta maaf sebab tak berjaya menyusukan kakak secara eksklusif semasa kakak masih baby. Maybe mama masa tu belum matured enough sampai mama sanggup ambik jalan mudah, bagi FM kat kakak....I'm sorry....

Comments

Popular posts from this blog

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu.... Hebat kan aku?? Apa rahsianya??? Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi. Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman. Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat..... Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk ...

Astro Decoder Rosak

Sejak hari Sabtu yang lepas, dekoder Astro kat umah aku adalah rosak maka sepanjang minggu ni umah aku sunyi sepi dari bunyi siaran TV. Dek Astro yang rosak tu dan kitorang pun takde antena TV yang biasa maka berehat panjang la encik TV...macam cuti honeymoon pulak...hihihii. Bosan punya pasal aku pun selongkar la bilik stor untuk cari radio yang aku guna masa zaman bujang-bujang dulu...dah 8 tahun yang lepas tu wei, siap ada cassette player lagi, kat kedai muzik pun dah payah nak jumpa dia jual kaset lagi dah. Aku merata-rata cari kaset lagu Maher Zain untuk mak aku tapi takde rupanya, memang kaset dah tak dikeluarkan lagi dah. Kesian mak aku...nak guna CD dia kata tak pandai. Nak bubuh kat dalam handphone dia tapi tak support MP3 le pulak. Dekoder Astro aku ni dari awal-awal lagi menunjukkan tanda-tanda nak nazak tapi tuan empunya nya tak prihatin, tahu pakai je selagi boleh. Bila dah mogok merajuk camni haaaa...baru padan dengan muka. Nasib baik musim Raja Lawak Astro dah ha...

Pergau Power Station

Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas. Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah. Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak ma...