Btw, hati aku puas sebab dapat tengok, sentuh dan cium bunga ni in person. Cari jugak benih dia kat situ tapi takde jual...kalau ada harus ku rembat seketul-dua. Benihnya adalah dari jenis bebawang, macam tulip jugak. Tak tahu la kalau aku tanam boleh hidup ke tidak...ada sesiapa yang dah tanam pokok ni??
Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas. Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah. Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak ma...
Comments
cis.. tak tau dari dulu lagi..
my mom n sister selalu beli bunga ni sbb wangi n matching dgn lily kalau buat gubahan bunga...
penat acik excited jumpa bunga ni kat cameron highland.