Skip to main content

Fatini Birthday Bash 2009 - Cakes and cuppies

Haaa...ada sesapa yang nak muntah?? Sila layan diri ambik baldi ye....


As promised, seperated entry for the cakes and cuppies.


Almost sebulan sebelum hari ni aku survey-survey pasal birthday cake untuk anak aku ni. Disebabkan kehangatan cup cakes yang sama glamer dengan tarian poco-poco, maka aku pun taknak ketinggalan nak buat jugak cuppies...nak ikut trend semasa la kenkonon.


Survey punya survey, tanya encik google bagai....akhirnya aku sampai ke blog Diana Delight . Korang boleh klik kat nama tu atau pun tengok kat link list kat sebelah kanan, aku ada add blog Diana ni kat situ.


Kenapa aku pilih untuk order dari dia??


Pertama, sebab lokasi dia dekat dengan aku dan aku sangat-sangat familiar dengan area umah dia, TTDI Jaya Shah Alam. Aku dulu bermaustatin kat situ jugak beberapa tahun dan masih setia mengunjungi TTDI Jaya ni sampai sekarang. In fact, kitorang baru beli umah (tengah under construction lagi) berdekatan dengan area situ jugak. Memang aku dah selesa dengan TTDI Jaya ni walau pun dulu dia glamer dengan banjir kilatnya...hihihihi...


Sebab kedua, aku tak berani order dari blog lain sebab aku tak tau langsung pasal cuppies ni terutamanya sizing dia. Dah tengok-tengok gambar kat blog orang lain but yet still cannot imagine besar mana (or kecik mana) la cup dia tu...ada saiz S, M dan L. So disebabkan aku boleh pegi umah Diana ni dan tengok sample cuppies tu maka aku pun pilih la untuk berurusan dengan dia. Aku ada jugak sms beberapa penjual cuppies yang lain tentang saiz cuppies ni tapi jawapan yang aku dapat kurang memuaskan hati. Macam taknak jual je aku rasa...dah la aku ni zero knowledge. Jangan la korang expect semua yang nak order tu tahu apa yang dia nak. Last-last aku amik je orang lain yang nak layan aku....padan muka korang...kuang,kuang,kuang.


Sebab ketiga, dah Allah tentukan ini rezeki dia kan so dalam banyak-banyak seller aku pilih dia. Tak menyesal aku pilih Diana Delight ni sebab towkey dia sangat la friendly dan senang berbincang. Nak tengok sample...anytime katanya boleh datang. Pasni maybe kak Diana kena buat album compilation untuk sample decoration cakes, lagi marbeless...orang datang je hulur-hulur la album tu suruh tengok gambarnya.


Enough about story-telling...now moving to pictures show pulak...




Cute kan cuppies dia...aku order 50 bijik je, untuk bagi kat member-member opis dan sedara-mara. Untuk kawan-kawan Fatini kat taska aku order 2 bijik chocolate moist cake 1.5kg each.

Semua cakes dan cuppies aku request untuk letak edible image Upin&Ipin...anak dara aku yang request sebenarnya....for price quotation, silalah contact Diana Delight ye...

Wah...ini dah promote habis-habisan ni kena dapat komisyen sikit, boleh tak? kekekekeke...

Comments

Popular posts from this blog

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu.... Hebat kan aku?? Apa rahsianya??? Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi. Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman. Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat..... Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk ...

Astro Decoder Rosak

Sejak hari Sabtu yang lepas, dekoder Astro kat umah aku adalah rosak maka sepanjang minggu ni umah aku sunyi sepi dari bunyi siaran TV. Dek Astro yang rosak tu dan kitorang pun takde antena TV yang biasa maka berehat panjang la encik TV...macam cuti honeymoon pulak...hihihii. Bosan punya pasal aku pun selongkar la bilik stor untuk cari radio yang aku guna masa zaman bujang-bujang dulu...dah 8 tahun yang lepas tu wei, siap ada cassette player lagi, kat kedai muzik pun dah payah nak jumpa dia jual kaset lagi dah. Aku merata-rata cari kaset lagu Maher Zain untuk mak aku tapi takde rupanya, memang kaset dah tak dikeluarkan lagi dah. Kesian mak aku...nak guna CD dia kata tak pandai. Nak bubuh kat dalam handphone dia tapi tak support MP3 le pulak. Dekoder Astro aku ni dari awal-awal lagi menunjukkan tanda-tanda nak nazak tapi tuan empunya nya tak prihatin, tahu pakai je selagi boleh. Bila dah mogok merajuk camni haaaa...baru padan dengan muka. Nasib baik musim Raja Lawak Astro dah ha...

Pergau Power Station

Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas. Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah. Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak ma...