Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2009

My 1000 hits

Nampak tak visitors counter kat sebelah kanan blog aku nih??? Wah....tak lama lagi blog hingusan aku ni akan capai pengunjung yang ke-1000. Dan yang paling best ialah counter aku tu adalah yg jenis unique, pengunjung yang sama berulang-ulang dalam tempoh terdekat hanya dikira sebagai satu hit. Ini bermakna kalau aku refresh page sepuluh kali pun ia tidak menyumbang kepada pertambahan angka hits tu. So mana datangnya yang hampir-hampir cecah 4 angka tu???? Dari korang la.... Aku bangga tau sebab blog aku ni takdelah hebat sangat, hanya coretan merapu je tapi still ada org yang sudi jengah tanya khabar...alhamdulillah. So sebagai menghargai pengunjung-pengunjung blog aku ni, aku akan hadiahkan saguhati untuk pengunjung blog yang ke-1000. Sesiapa yang bertuah tu, yang buka blog aku pastu time tu visitors counter tu tunjuk angka 1000...sila buat bukti bergambar ye...tak kisah la nak print screen ke, snap pakai camera ke, henpon ke....janji ada gambar. Pastu hantar gambar t...

Hari ni nak balik kampung...yeay

(Post ni sepatutnya published on Friday tapi scheduling post bengong...grrrrr) Aku balik nak ambik  baju raya yg aku tempah kat tailor in my hometown. Jauhnya tempah?? Memang jauh tapi aku selesa dgn jahitannya dan harganya jauhhhhh lebih murah la dari kat KL. Baju2 tempahan aku tu dah siap so aku kena la balik ambik sebab this year aku kena raya kat umah MIL dulu. Kalau raya kat kampung aku takde hal la....pepagi raya pun aku sempat pegi ketuk pintu umah tailor tu untuk amik baju. The distance just a few steps away dari umah mak ayah aku. Tahun ni aku tempah 6 pasang baju kurung, 2 pasang untuk setiap org termasuklah si Farzana. Excited nak pakaikan dia baju kurung sebab dia dah pandai jalan, mesti cute kan? Total bayaran untuk enam pasang baju tu ialah RM110 sahaja, murahkan? Siap leher baju tu complete dia jahitkan tulang belut atau mata lalat lagi, memang marvelous...achik suka tau sebab aku pernah tempah baju kat dia dari kain yg murahan je, last2 dia punya hasil...wal...

Kudis Api

Tadi lepas opis dan melantak McD kat dalam kereta, aku terus je bawak bebudak ni pegi klinik. Tak balik umah dulu pun sebab malas, takut karang dah syok lepak umah terus tak jadi keluar dah. Sampai kat klinik berdekatan umah (umahku jauh dari opis) dalam pukul 7.30++. Klinik tu bukak pukul 8.30 bulan Ramadhan ni so kitorg lepak2 kat dalam kereta dulu sesambil mengunyah lagi apa yg patut. Klinik tu bukak je pendaftaran pukul 8.15, terus aku dan anak2 meluru masuk, berebut beb. Dah daftar sesambil tunggu tu layan la bebudak ni main buaian kat dalam klinik. Punya la ramai manusia yg sakit, aku pulak lupa nak ambil face mask dari dalam kereta...tawakkal jelah. Ini kes nak berebut-rebut daftar la tadi sampai terlupakan si topeng tu. Aku siap beli sekotak lagi topeng muka ni, yg 3-ply RM20 je for 50pcs. Dah sampai turn jumpa doktor so aku tunjuk la bintik2 air yg naik kat lutut dan jari kaki Farzana. Doktor Rusna cakap ini kudis api, kena cuci kat bilik dressing. Aku pun kendong la si ke...

Pasar Ramadhan

Dah beberapa hari aku menjengah mencari juadah berbuka di pasarpasar ramadhan berhampiran. Dalam pemerhatian aku masih ramai lagi yang sanggup bersesak-sesak dengan orang ramai tanpa memakai face mask. Pada hal menurut kementerian kesihatan, jarak yang selamat diantara setiap individu bagi mengelak jangkitan tersebut adalah lingkungan 2 meter. Kalau dah kat pasar ramadhan tu kompem la takleh mengelak dari terlanggar bahu....inikan pulak nak mengekalkan jarak 2 meter antara individu. Tak khuatir kah dengan virus yang melanda? Adakah kurang kesedaran mereka? Paling menyedihkan adalah para ibubapa yang membawa anak kecil tanpa memakaikan sebarang topeng perlindungan. Tahukah mereka bahawa kanak-kanak di bawah umur 5 tahun adalah golongan yg berisiko tinggi dijangkiti virus H1N1? Cuba bayangkan sudah berapa ramai kanak-kanak yg terkorban dek virus ni. Sedih kan? Mereka masih belum kenal dunia tapi telah menjadi mangsa atas kecuaian org lain. Kenapa "kecuaian"? Ya, cuai kerana mas...

Duda Bertemu Janda

Di sebuah perkampungan ada seorang duda yang sudah berumur tinggal seorg dirumah nya..anak2nye sume bekerja di bandar... Berdekatan rumah nya itu ada seorang janda yang juga agak berumur dan juga tinggal seorg... Sudah bertahun lama nya mereka berjiran dan sering juga berhubung kala kesunyian... . Suatu hari..di petang yang redup... si duda duduk di bawah pokok rambai..merenung ke arah rumah si janda... Si janda perasan dan datang menegur si duda... "Pak Uda oii..ape yang di menungkan nye tu... " ... Si duda menunduk seketika..lalu menjawab "..Ada perkara aku nk bgtu ko ni Mak Jan.." ... Berkerut dahi si janda... kerana kelihatan serius pulak si duda tu... "ape nyer ..serius je bunyi nyer.." ... Si duda merenung si janda... lalu dengan kekuatan yang ade die berkata... "Aku ni kepingin nk berbinikan ko... ko sudi tk?.." ... Si janda tersenyum..dan diam seketika ..lalu si janda menjawab "Erm... sudi... " ... Setelah berborak seketika... s...

Pandemic atau Panic

Kat opis aku ada seorang kakak ni telah digembar-gemburkan bahawa dia telah dijangkiti H1N1. Dia telah di tahan kat wad di sebuah hospital swasta di Damansara. So ramailah yang asyik bersoseh-soseh sana-sini termasuklah aku...ramai yang corcern dan panik. Yelah, penyakit ni kalau silap-silap boleh membawa maut pastu dia boleh berjangkit melalui udara pulak tu.... Officemate aku atas arahan bos pun telefon la dispensari kitorg untuk mintak diorg buat ujian saringan kat semua staff. Maklum balas dari dispensari ialah kitorg tak perlu buat ujian saringan tu, hanya perlu pakai face mask, cuci tangan dan mulut sekerap yang boleh. Lagi pun dia rasa kakak tu bukannya kena H1N1 sebab dia ditahan kat hospital swasta. Hospital swasta hanya boleh lakukan ujian Influenza A sahaja, sekiranya positif barulah pesakit akan dirujuk ke hospital kerajaan. Hanya hospital kerajaan sahaja yang boleh melakukan ujian makmal H1N1 tu. aku dan rakan-rakan jadi pelik dan konfius....so officemate aku call our HR y...

The result

Ini adalah markah keseluruhan yang di pungut oleh setiap rumah. Rumah kuning menjadi juara...yeayy!!!   Prize Giving Ceremony Boleh pulak papa dia gi ambik gambar dari belakang....ish,ish,ish. Gambar kesemua ahli pasukan Rumah Kuning.

Acara Insects and Spiders

Sambungan dari kisah Sukan Tadika....Ini satu lagi acara yang Fatini masuk semasa sukan tahunan tadika dia. Aku ambik gambar rumah kuning je...rumah yg lelain tadak...hehehe Cara main permainan ini ialah: Peserta kena ambil penyepit makanan dari satu bakul pastu kepitkan insect kat dalam bekas oren di dalam gambar. Pastu berlari ke arah baldi berisi air Dan celupkan insect tu. Berlari lagi pulak ke bakul di atas meja dan letakkan insect tu kat dalam bakul tersebut. Dah siap kena lah berlari balik dan letak semula penyepit kat dalam bakul pertama tadi pastu passed giliran kat peserta lain. Fatini in action.... Another teammates And.... Their team won it...bravo...

Acara Lumba Lari 25m - Girls

Fatini as I said before sangat suka berlari, so dalam sukan tahunan tadika dia masuk la acara as tittled kat post ni....running. Getting ready to run. Go kakak....make mama proud.... On your mark... Get set.... GO! Lari kakak lari.....laju lagi kakak.... Reaching the finishing line Yeay, yeay....kakak dapat nombor satu.... Look at her happy faces....so sweet. Mama memang sangat bangga dengan pencapaian kakak. Harapan mama semoga lepas ni kakak akan build up your self confidence...dah tak malu-malu lagi untuk join anything.

Sukan Tahunan Tadika TNB KL 2009

Sabtu, 15 Ogos 2009 - Tadika Fatini organised sukan tahunan, lokasi kat padang Sek. Keb. Bangsar, sebelah je dengan tadika diorang. So, pagi-pagi hari we all satu family dah tercongok kat tengah padang sebab the registration start at 7.00 am. Kakak and adik faces, still sleepy... Fatini posing with the banner. Burung apa?? Burung merpati...Burung apa?? Burung merpati... Burung ni akan dilepaskan semasa upacara perasmian nanti....bebaslah dikau wahai burung. Behind Fatini was khemah for parents and jemputan. Sepanduk rumah merah. Sepanduk rumah biru. Sepanduk rumah kuning. Fatini wearing bandana, getting ready for perbarisan lintas hormat. Kuning, kuning....kenari sapu habesss.... Ketua kontinjen dan pembawa bendera. Pasukan silat lagenda. Pasukan gimrama. Rumah biru. Rumah merah. Rumah kuning. Bacaan ikrar dan doa by ketua kontinjen. Sangat bagus budak ni....I'm speechless. Presenting their silat skills. The cheeky gymrama's girls. Mama and Farzana interframing.