Skip to main content

Pandemic atau Panic


Kat opis aku ada seorang kakak ni telah digembar-gemburkan bahawa dia telah dijangkiti H1N1. Dia telah di tahan kat wad di sebuah hospital swasta di Damansara. So ramailah yang asyik bersoseh-soseh sana-sini termasuklah aku...ramai yang corcern dan panik. Yelah, penyakit ni kalau silap-silap boleh membawa maut pastu dia boleh berjangkit melalui udara pulak tu....


Officemate aku atas arahan bos pun telefon la dispensari kitorg untuk mintak diorg buat ujian saringan kat semua staff. Maklum balas dari dispensari ialah kitorg tak perlu buat ujian saringan tu, hanya perlu pakai face mask, cuci tangan dan mulut sekerap yang boleh. Lagi pun dia rasa kakak tu bukannya kena H1N1 sebab dia ditahan kat hospital swasta. Hospital swasta hanya boleh lakukan ujian Influenza A sahaja, sekiranya positif barulah pesakit akan dirujuk ke hospital kerajaan. Hanya hospital kerajaan sahaja yang boleh melakukan ujian makmal H1N1 tu.


aku dan rakan-rakan jadi pelik dan konfius....so officemate aku call our HR yg annouced kakak tu kena H1N1, na mintak kepastian. Hangin betul la sebab jawapan yg diterima ialah dia tanya balik soalan kat officemate aku " awak dah kena ke??"


Aduhai Puan Sh....r...na, ko kan keje bahagian HR so baik jaga PR ko. Kalau tak reti nak berkomunikasi dengan org, baik keje kutip sampah...jgn keje jaga org.


Aku cop bongok kat dia...puas hati aku sebab dia bagi jawapan bangang.


So, kami discuss ramai-ramai dan ambik keputusan nak beli termometer dan test semua staff sendiri.


Aku still tak puas hati sebab belum confirm kakak tu kena atau tidak H1N1 tu, yelah...jgn memain ooo....dia satu office floor dgn kitorg, dekat pulak tu. Aku dapat idea...yess...aku call sendiri ke hospital swasta tu minta confirmation pasal status kakak ni....aku cakap pakai nama company aku la tapi takdelah aku tipu yg aku ni boss ke atau HR ke. Aku siap reveal nama sebenar lagi dan lepas di tranfered call beberapa kali akhirnya aku dapat bercakap dengan doktor yg merawat kakak tu. Main gamble je ni, kalau opis aku dapat tau dan amik tindakan...mampuih la....yg penting is aku nak tau.


Doktor tu cakap kakak tu bukannya H1N1 tapi Influenza A je....alhamdulillah. Dia kena masuk ward sebab doktor nak monitor dia dan kalau ada simptom-simpton H1N1 barulah dia akan hantar untuk test virus tu. Kakak ni memang sakit jantung kronik jadi Influenza A pun dah cukup berisiko bagi dia, atas sebab tu dia warded.


Lega betul aku dengar explanation dari doktor tu, siap tanya lagi apa yg patut kitorg buat kat opis ni. Dia kata selagi kita sihat, tak demam dan selsema tak perlu risau apa-apa. Hanya yg demam selsema je yg kena jangkitan H1N1 ni so kalau tak sihat better pakai face mask dan berehat kat umah. Org yg berdekatan pun perlu pakai mask utk elakkan dijangkiti flu tu, kalau dah terkena flu maka berisiko la kena H1N1.


Sebagai langkah selamat aku akan pakai face mask insyaAllah all the time. Yang aku peliknya, kenapa HR aku tak call hospital tu untuk dapat confirmation??? Ini penyakit pandemic tau, jangan memain buat annoucement tak tentu fakta, hanya akan mengakibatkan panik dikalangan staff je....tadak untung beb, susah lagi ada.....

Comments

Ira said…
beb.. mmg xleh nak harapkan sesape kalo terjadi kes2 camni.. sib baik ko bijak call hosp tu dari terus riso tak tentu pasal kan? cam kat ILSAS ni weol tubuhkan committee.. siap ada bilik gerakan lagi.. sesape yg ada symptom terus bawa ke dispensari/hosp utk rawatan lanjut.. mmg dah ada sorang +ve (long term trainee).. tp dia dh ok.. so selagi xde ILI symptom, selagi tu teruskan keje cam biasa..
Ina Hashim said…
uiks...influenza A ngan H1N1 x sama ek?konfius daku
ummi said…
tak sama k ina.
kena inf A tak semestinya H1N1.
kalau kena H1N1, mmg sah inf A.
so kalau +ve inf A, blm tentu H1N1
Asu Bahiyah said…
betul tu kak mon...tak sama...sebab tu dia letak nama Influenza A H1N1...maknanya Influenza A + virus H1N1. Influenza ni adalah virus flu/selsema. Virus H1N1 tu yg attack breathing system mangsa dan menyebabkan kematian akibat sukar bernafas.
Asu Bahiyah said…
Ira...aku agak la, si puan HR aku tu pun panik jugak kot....sampai tak reti nak berbahasa....

Popular posts from this blog

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu.... Hebat kan aku?? Apa rahsianya??? Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi. Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman. Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat..... Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk ...

Astro Decoder Rosak

Sejak hari Sabtu yang lepas, dekoder Astro kat umah aku adalah rosak maka sepanjang minggu ni umah aku sunyi sepi dari bunyi siaran TV. Dek Astro yang rosak tu dan kitorang pun takde antena TV yang biasa maka berehat panjang la encik TV...macam cuti honeymoon pulak...hihihii. Bosan punya pasal aku pun selongkar la bilik stor untuk cari radio yang aku guna masa zaman bujang-bujang dulu...dah 8 tahun yang lepas tu wei, siap ada cassette player lagi, kat kedai muzik pun dah payah nak jumpa dia jual kaset lagi dah. Aku merata-rata cari kaset lagu Maher Zain untuk mak aku tapi takde rupanya, memang kaset dah tak dikeluarkan lagi dah. Kesian mak aku...nak guna CD dia kata tak pandai. Nak bubuh kat dalam handphone dia tapi tak support MP3 le pulak. Dekoder Astro aku ni dari awal-awal lagi menunjukkan tanda-tanda nak nazak tapi tuan empunya nya tak prihatin, tahu pakai je selagi boleh. Bila dah mogok merajuk camni haaaa...baru padan dengan muka. Nasib baik musim Raja Lawak Astro dah ha...

Pergau Power Station

Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas. Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah. Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak ma...