Skip to main content

Syioknya cuti....

Best kan dapat cuti 3 hari?? Memang aku rehat abis-abisan, takde fikir atau cerita pasal hal-hal kerja langsung. Cuti yang panjang tu kitorang tak balik kampung pun sebab taknak berebut dengan orang-orang nak raya, pastu ditambah pulak parents yang sibuk nak balik ambik anak-anak diorang kat kampung lagi....maklumlah sekolah dah nak start next week.

Lagi 3 hari nak masuk tahun 2010, insyaAllah tahun depan ada ahli baru kat dalam family kitorang....sangat-sangat berdoa agar ianya boy pulak kali ni.... Due date??? Blom tau maa....tengoklah esok lusa nak pegi check up, nak scan tengok dah berapa minggu dah sebenarnya si junior ni....nak tengok jantina tu harus la blom dapat lagi sayang oii...

As planned, last weekend (Jumaat) kitorang pegi layan movie The Princess and The Frog....best la for budak-budak, takde part yang boring and ada banyak yang kelakar la....my Fatini sangat enjoy the whole movie but Farzana dah shutdown (read:tido) sebelum  sempat 1/2 jam pun movie tu start....with popcorn in her hand. Hahahaha....maybe suasana yang gelap kat dalam panggung tu buat dia rasa sleepy je. Masa kitorang layan the lastest Mission Impossible pun the same thing happened....she slept all through the movie even dia punya sound effect sikit punya gempak. Lucky for as Farzana blom kena bayar tiket lagi...kalau tidak, rugi wooo....

Hari Sabtu takde ke mana-mana kecuali windows shopping kat Subang Parade and had dinner kat Dave's Deli, spagheti Bolognaise dia yummy....roasted chicken pun sodap plus dia punya portion tu besar....double from what you get from Kenny Rogers. Puas hati la achik dan family makan terutamanya bila Fatini dan Farzana tak henti-henti mengunyah....Farzana loves noodles sebenarnya, dia memang layan bihun, mee dan spagheti. Kalau nampak kita order noodles, nasik memang dia tak heran la....even mee goreng yang pedas pun dia layan.....marbelesss....

Hari Ahad kitorang merayap jauh sikit, ke Wangsa Walk Mall kat Wangsa Maju. Jauhnya jalan...dari Klang ke Ulu Klang...kalau zaman dolu-dolu dayung sampan mudik ke hulu ni mau berapa hari baru sampai....hehehehe.... Kat situ ada games Music Chair untuk bebudak so Fatini pun join la....masa first round tu, she managed to get a seat tapi ada sorang budak ni (dalam standard 4 rasanya) sudah duduk atas dia....apa lagi si Fatini ni pun bantai meraung kat situ jugak....aiyooo...malu achik. Maybe dia rasa sakit kot budak tu duduk atas dia. Terus dia tak nak main lagi dah....but she get the goodies bag also walaupun tak finished up the game. We also try our luck untuk dapat free hamster from satu pet shop ni tapi dah habis daaa....penat En. Hubby beratur....hahahaha...takde rezeki...

So....that's all folk....see ya....

Comments

Popular posts from this blog

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu.... Hebat kan aku?? Apa rahsianya??? Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi. Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman. Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat..... Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk ...

Astro Decoder Rosak

Sejak hari Sabtu yang lepas, dekoder Astro kat umah aku adalah rosak maka sepanjang minggu ni umah aku sunyi sepi dari bunyi siaran TV. Dek Astro yang rosak tu dan kitorang pun takde antena TV yang biasa maka berehat panjang la encik TV...macam cuti honeymoon pulak...hihihii. Bosan punya pasal aku pun selongkar la bilik stor untuk cari radio yang aku guna masa zaman bujang-bujang dulu...dah 8 tahun yang lepas tu wei, siap ada cassette player lagi, kat kedai muzik pun dah payah nak jumpa dia jual kaset lagi dah. Aku merata-rata cari kaset lagu Maher Zain untuk mak aku tapi takde rupanya, memang kaset dah tak dikeluarkan lagi dah. Kesian mak aku...nak guna CD dia kata tak pandai. Nak bubuh kat dalam handphone dia tapi tak support MP3 le pulak. Dekoder Astro aku ni dari awal-awal lagi menunjukkan tanda-tanda nak nazak tapi tuan empunya nya tak prihatin, tahu pakai je selagi boleh. Bila dah mogok merajuk camni haaaa...baru padan dengan muka. Nasib baik musim Raja Lawak Astro dah ha...

Pergau Power Station

Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas. Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah. Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak ma...