Skip to main content

Kan Cheq Dah Kata...

Kan cheq dah kata yang cheq takkan admitted by last week....tengok ni cheq sihat walafiat lagi sampai ke hari checkup minggu ni. Baby pun belum fully engganged...so maknanya lambat lagi la.... Masa scan tadi cuba-cuba la nak print out baby face tapi dia malu-malu pulak, siap tutup muka dengan tangan....saja nak bagi surprise kat mama yek.

Tadi pegi buat CTG test, alhamdulillah result ok dan baby pun sangat aktif. Within test yang ambik masa 1/2 jam tu hanya sekali je aku ada contraction...which means....sangat lambat lagi nak bersalin. Doktor pun dah target aku akan overdue...next appointment for checkup is on 31st Mei nih. Kalau by that time pun aku blom bersalin jugak so I need to prepare myself for "serah diri" on 5th June....dalam erti kata lain kena induce la tu. Doktor pun memang dah target aku akan kena induce jugak kali ni. Nak buat macam mana kan? Semua anak-anak aku kena induced baru nak pops out....syok sangat kot duk dalam tummy mama ni....hehehe

Doktor D sambung lagi MC makcik untuk seminggu ni....syiok!!!

Btw semalam kitorang pegi I-City tapi aku akan story pasal trip tu dalam entry lain....

Oklah...chow dulu...bye-bye....

Comments

iLa said…
dekat2 je ngan tarikh farzana lahir kan??dia 30 mei,iman 31 mei..adik ni bape lak..kite tunggu..ntah2 same ngan farzana..
Asu Bahiyah said…
Hajat di hati nak request tarikh induced tu 6/6 tapi itu hari Ahad so tak tau la doktor setuju ke tidak....nanti nak tanya dulu

Popular posts from this blog

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu.... Hebat kan aku?? Apa rahsianya??? Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi. Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman. Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat..... Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk ...

Astro Decoder Rosak

Sejak hari Sabtu yang lepas, dekoder Astro kat umah aku adalah rosak maka sepanjang minggu ni umah aku sunyi sepi dari bunyi siaran TV. Dek Astro yang rosak tu dan kitorang pun takde antena TV yang biasa maka berehat panjang la encik TV...macam cuti honeymoon pulak...hihihii. Bosan punya pasal aku pun selongkar la bilik stor untuk cari radio yang aku guna masa zaman bujang-bujang dulu...dah 8 tahun yang lepas tu wei, siap ada cassette player lagi, kat kedai muzik pun dah payah nak jumpa dia jual kaset lagi dah. Aku merata-rata cari kaset lagu Maher Zain untuk mak aku tapi takde rupanya, memang kaset dah tak dikeluarkan lagi dah. Kesian mak aku...nak guna CD dia kata tak pandai. Nak bubuh kat dalam handphone dia tapi tak support MP3 le pulak. Dekoder Astro aku ni dari awal-awal lagi menunjukkan tanda-tanda nak nazak tapi tuan empunya nya tak prihatin, tahu pakai je selagi boleh. Bila dah mogok merajuk camni haaaa...baru padan dengan muka. Nasib baik musim Raja Lawak Astro dah ha...

Pergau Power Station

Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas. Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah. Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak ma...