Skip to main content

Scheduled for Induce.

I've been scheduled for induce on 5th of June, hari Sabtu tapi disebabkan takde orang boleh tolong jaga bebudak dua orang ni while waiting for me to deliver maka kitorang pilih hari Jumaat ni 4th June untuk aku menyerah diri.

Lega jugak sebab hari Jumaat tu boleh hantar both anak dares ke school memasing, pastu my hubby will rush back to SDMC dan tercongok menunggu isteri terchenta mencapai bukaan yang membolehkan the baby pops out.

Tapi...based on my previous delivery experiences, lepas induced tu memang aku akan ambil masa yang agak lama sebelum boleh bersalin. Ini membuatkan aku agak risau time frame tu akan terlebih sehingga school time diorang tamat (7.30 am - 7.00 pm).

Masa deliver Fatini dulu tu aku kena induced jam 8 pagi dan selamat delivered her by 1pagi the next day nyer....wolla....selepas 17 jam baru bersalin.....

Ketika bersalin Farzana pulak aku kena induced dalam pukul 12 tghr....bersalin pulak dalam jam 1 pagi keesokan harinya.

So...kedua-duanya melebihi 12 jam masa yang di ambil sebelum aku bersalin. Itu yang sangat merisaukan aku...kat mana nak letak dedua gegirl ni lepas waktu sekolah?

Memang la aku ada kakak yang boleh aku tumpangkan anak-anak selepas waktu kerja sementara papa diorang balik selepas aku selamat bersalin nanti tapi aku takut tak sempat pulak hubby aku tu nak rush ke sana-sini. Sekolah diorang jauh dari umah kakak aku pulak tu....aiyyoooo...achik sudah pening la....

Aku ada mintak tolong emak datang dari kampung untuk tunggu diorang hari Jumaat tu tapi emak aku tak dapat datang. Anak buah yang stay sekali dengan dia kat kampung masih bersekolah lagi hari Jumaat tu plus....katanya nanti takde orang nak siram pokok-pokok dia dan bagi rabbit makan....alahai omak.....

So...aku masih lagi dalam dilema....serabut kepala otak.....

Err...terkecik hati dengan emak sendiri berdosa tak???

Comments

Popular posts from this blog

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu.... Hebat kan aku?? Apa rahsianya??? Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi. Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman. Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat..... Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk ...

Astro Decoder Rosak

Sejak hari Sabtu yang lepas, dekoder Astro kat umah aku adalah rosak maka sepanjang minggu ni umah aku sunyi sepi dari bunyi siaran TV. Dek Astro yang rosak tu dan kitorang pun takde antena TV yang biasa maka berehat panjang la encik TV...macam cuti honeymoon pulak...hihihii. Bosan punya pasal aku pun selongkar la bilik stor untuk cari radio yang aku guna masa zaman bujang-bujang dulu...dah 8 tahun yang lepas tu wei, siap ada cassette player lagi, kat kedai muzik pun dah payah nak jumpa dia jual kaset lagi dah. Aku merata-rata cari kaset lagu Maher Zain untuk mak aku tapi takde rupanya, memang kaset dah tak dikeluarkan lagi dah. Kesian mak aku...nak guna CD dia kata tak pandai. Nak bubuh kat dalam handphone dia tapi tak support MP3 le pulak. Dekoder Astro aku ni dari awal-awal lagi menunjukkan tanda-tanda nak nazak tapi tuan empunya nya tak prihatin, tahu pakai je selagi boleh. Bila dah mogok merajuk camni haaaa...baru padan dengan muka. Nasib baik musim Raja Lawak Astro dah ha...

Pergau Power Station

Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas. Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah. Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak ma...