Skip to main content

Penat Ya Amat

Memulakan minggu berkerja dengan 3 anak-anak amat memenatkan. Hari pertama dan kedua tu aku masih bertenang dan mampu selesaikan house chores seperti biasa. Masuk hari ketiga di mana kita pun mula berpuasa, balik opis je aku lembik, dah tak mampu nak bukak mata pun. Baju-baju pun nasib baik anak dara jepun ada (mesin basuh le tu..), sidainya keesokkan pagi semasa lepas bersahur. Baju-baju yang belum di lipat semakin bertimbun-timbun. Mana tak nya, sampai je ke rumah dan sibuk nak uruskan pasal hal berbuka, pastu menguruskan anak-anak, membasuh aksessori breastfeeding (botol-botol susu dan sbgnya). Pastu mencuci pinggan mangkuk dan periuk belanga, membasuh baju...sesambil tu mata dah lena-lena ayam.

Penat betul ada anak kecil ni (baby), tapi bila dia dah besar kelak kita mengharapkan agar dia kembali menjadi bayi pulak kan? Muhammad pun sudah 3 malam sukar untuk tido, adeih...bertambah parah la kepenatan aku ni. Bila orang lain mengantuk sebab berpuasa maka aku ni adalah double mengantuknya, sambil buat kerja pun boleh hanyut ke laut....huhuhuhu.

Minggu depan En.hubby nak outstation, aku bajet kalau camtu confirm mati kering kami anak-beranak sebab mama diorang tak sempat nak siapkan makanan berbuka. Nak di beli di pasar ramadhan pun susah beb sebab kena kendong dan heret 3 orang budak ni. Itu belum masuk kalau Muhammad menangis tak nak duduk time nak berbuka...memang hari-hari aku dengan hubby akan take turn utk jaga Muhammad sambil yang seorang lagi berbuka. Kalau dah En.hubby takde camne tuh???

So setelah ditimbal balik segala pro dan kotranya maka aku pun klik-klik sistem dan apply cuti 3 hari, aku dan anak-anak akan ikut en.hubby outstation jugak. Nasiblah kalau ada orang nak kata aku ni asyik cuti je...baru masuk keje seminggu dah cuti lagi. Korang senang ajelah bercakap tapi bahu aku yang menanggung camne susahnya ni, korang tahu???

Comments

investandtravel said…
Mungkin kena minta tambahan pertolongan anak dara Indon ataupun anak dara philipines.
Asu Bahiyah said…
Huish...kalau anak dara yang ini bahaya tu....tak senang hati aku pegi keje, takut laki aku balik ke rumah...hehehehe
Nieza Ishak said…
adehhhh ASU,
dah boleh bayangkan kepenatannya.
Asu Bahiyah said…
Asu to Nieza....

Ponat...

Popular posts from this blog

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu.... Hebat kan aku?? Apa rahsianya??? Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi. Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman. Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat..... Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk ...

Astro Decoder Rosak

Sejak hari Sabtu yang lepas, dekoder Astro kat umah aku adalah rosak maka sepanjang minggu ni umah aku sunyi sepi dari bunyi siaran TV. Dek Astro yang rosak tu dan kitorang pun takde antena TV yang biasa maka berehat panjang la encik TV...macam cuti honeymoon pulak...hihihii. Bosan punya pasal aku pun selongkar la bilik stor untuk cari radio yang aku guna masa zaman bujang-bujang dulu...dah 8 tahun yang lepas tu wei, siap ada cassette player lagi, kat kedai muzik pun dah payah nak jumpa dia jual kaset lagi dah. Aku merata-rata cari kaset lagu Maher Zain untuk mak aku tapi takde rupanya, memang kaset dah tak dikeluarkan lagi dah. Kesian mak aku...nak guna CD dia kata tak pandai. Nak bubuh kat dalam handphone dia tapi tak support MP3 le pulak. Dekoder Astro aku ni dari awal-awal lagi menunjukkan tanda-tanda nak nazak tapi tuan empunya nya tak prihatin, tahu pakai je selagi boleh. Bila dah mogok merajuk camni haaaa...baru padan dengan muka. Nasib baik musim Raja Lawak Astro dah ha...

Pergau Power Station

Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas. Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah. Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak ma...