Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2009

Pasar malam

Last Friday's night we went to a pasar malam, situated near to our home sweet home. Actually dah berbulan-bulan kitorang tak datang sini sebab tak banyak malay's stall yg jual food, kalau nak beli fresh vegies, fishes and fruit ada la banyak choices. What I like most kat sini adalah laksa utara yg dijual oleh seorang makcik ni, from utara jugak i guess coz she speak kedah language....her laksa makes me misses my hometown, sedap...tapi still takleh chalange the one sold at my hometown of course. But that night aku sedih la sebab memang teringin sangat nak makan laksa dia tapi dah habis le pulok.... Well...my hubby ada belikan laksa utara from somewhere near Uniten tapi still tak memuaskan hati aku.... "oh makcik, apa ubat sudah taruk dalam....bikin aku termimpikan laksamu itu....." Next week aku still takleh pergi cari laksa dia sebab masa tu Hari Raya Aidiladha...kitorang cuti-cuti Malaysia kat umah MIL. Nampaknya bulan Disember la baru boleh try my luck again

Durian Oh Durian

Lama betul aku tak makan durian...last sekali aku makan adalah semasa bulan Julai dulu...itu pun masa Pesta Durian oleh Fibrecomm. Aku pergi dengan beberapa orang member opis, ni first time kitorang dijemput padahal kitorang la yang selalu berurusan dengan NOC Fibrecomm ni...yang tiap-tiap tahun di jemput adalah orang-orang yang tak berkenaan...hangin je dengan diorang duk story pasal Durian Fest ni.... So tahun ni bila kitorang dah di jemput tu aku and the geng pun bantai la dengan bersungguh-sungguh apa yang ada...aku assume ada durian je...tak sangka pulak ada kaum kerabat dia sekalu...ada rambutan, manggis dan jugak duku/langsat. Kenyang betul aku makan durian hari tu...nasib baik aku bantai puas-puas sebab lepas tu sampai la ke hari ni aku belum makan durian lagi...huhuhuhu....tengok gambar tu je dah menitik air liur nih....gaaaa "Papa....mama nak makan durian...."

Kesian anak mama

Kisah ni dah lama berlalu...masa bulan 4 hari tu tapi aku terlupa yang aku ada ambik gambar time tu...kengkonon nak story kat blog, busy sangat le gamaknya sampai tak ingat langsung.... Suatu hari aku dapat call dari tadika Fatini, diorang bagitahu yang Fatini kemalangan kecil. Menggigil jugak aku time tu...yelah, kemalangan kecil pun selagi kita tak tengok sendiri mana puas hati beb. Nasib baik tadika dan taska anak-anak aku dekat dengan opis so aku pun terus pecut pegi tengok. Rupa-rupanya Fatini terjatuh kat dalam toilet di sekolah, dia berlari nak pergi basuh tangan pastu tergelincir dan dagunya terhantuk ke sinki basuh tangan tu. Banyak jugak darah yang keluar sebab lukanya kat bawah dagu, tarikan graviti akan lebih sikit dan laju la darah mengalir. Aku pun bawak dia pergi dispensari kat opis, nurse kat situ nak jahit luka dagu dia tu tapi si Fatini punyalah meronta-ronta. Dia ni memang fobia sikit dengan ubat dan doktor. Kalau dia sakit demam memang la payah benau nak makan

Teater Bawang Merah Bawang Putih

Alkisahnya aku pergi tengok Teater Bawang Merah Bawang Putih (ke Bawang Putih dulu yek??) kat Panggung Bandaraya DBKL. Panggung ni kalau korang nak tau adalah yang kat sebelah Bangunan Sultan Abdul Samad tu....kalau lalu depan Dataran Merdeka tu cuba-cuba la jeling ke sebelah kanan, kat area-area orang angkat sumpah dengan matikan stem tu....ha...kat situ la letaknya. Dalam surat yang kelab kat opis aku ni cakap kena buat booking dulu sebelum nak pergi jadi aku pun call la nombor yang diberikan dan booking attendance. Mintak nak pergi malam Sabtu tapi hall penuh katanya so aku pun booking la malam Ahad dengan harapan takde la crowded sangat sebab esoknya tu hari bekerja. Show start pukul 8:30 jadi kitorang sampai kat panggung tu pukul 8:00 malam. Tergezut mak....penuhnya panggung sampai berhimpit-himpit, atas dan bawah dia pukul rata....haish....camne nih, kata attendance kena booking tapi apehal boleh melimpah ruah penonton ni... Disebabkan dah sampai dan memang nak tengok sangat te

Nak pegi tengok teater...

My kelab kat company ada hantar email invite sesiapa ahli yg nak pegi tengok teater kat Panggung Bandaraya DBKL. Tajuk teater tu sangat catchy... Bawang Putih, Bawang Merah. Owh...aku sangatlah teruja nak pegi tengok, nak bawak dedua gegirl aku ni...terutamanya si Fatini sebab dia memang suka sangat la kat filem dan drama melayu. Aku berharap she will learn something useful bila tengok teater ni kelak. Nanti aku review pasal teater ni, kalau kitorang jadi pergi la.... ps: harap2 bukan la cerita bawang2 versi indon tu yek....nak yg ori punya.

Kisah belangkas, anjing dan kucing

Sebenarnya aku nak story pasal budak nan berdua ni...si Farzana sekarang dah setahun 5 bulan so akalnya dah makin bertambah. Dah pandai menyuarakan kehendaknya....nak yg itu...taknak yg ini....pening kepala papa dan mama melayan kerenah Farzana ni. Hobi dia yg paling utama ialah shopping kat peti sejuk....bila kita bukak aje peti sejuk mesti si kecik ni meluru sama pastu tercegat depan peti sejuk tu sambil tengok isi dalam....kot-kot ada yg menarik perhatian. Selalunya dia akan ambil vitagen atau air kotak, tapi kalau ada buah anggur atau rambutan (selalunya aku akan kupas kulit, simpan dalam bekas dah letak dalam peti sejuk) dia akan ambil satu persatu. Dah habis makan dia akan merengek lagi minta dibukakan peti sejuk untuknya. Kalau waktu bermain, budak-budak berdua ni kadang-kadang boleh menjadi sahabat yg baik. Macam belangkas, ke sana-sini berdua. Main sorok-sorok, masak-masak, malah main doktor-doktor pun ada. Entah macam mana si Farzana ni faham macam mana cara nak main perm

Gigi mama tak bersih ye??

Setiap kali aku suruh Fatini berus gigi, aku bagi alasan yg gigi dia kuning. Malu la kalau kawan-kawan tengok gigi kakak kuning.... Setiap kali selepas memberus gigi jugak dia mesti tanya aku balik... "gigi kakak dah bersih ke? Dah tak kuning yek?" So...aku pun akan puji la yg gigi kakak putih bersih, kalau kakak rajin-rajin gosok gigi nanti gigi kakak akan jadi lagi cantik...putih, bersih. One day, suatu pagi di hari cuti....aku bangun dan gosok gigi bersama Fatini. Macam biasa lepas gosok dia akan tanya la gigi dia putih atau tidak. Aku pun cakap la dah putih. What she did was she insisted nak tengok gigi aku pulak, putih atau tak. I did show her tapi her respond was... "gigi mama tak putih pun..." Aku..."gaaaaa", kelu lidah. Malu beb bila anak komen gigi parents dia tak bersih....padahal kita beria-ia suruh dia rajin gosok gigi untuk putihkan gigi dia. Last-last aku cakap je camni... "mama kan dah dewasa, dah makan macam-macam, seba

Ada mamat bodoh piang...gggrrrr

Aku dan beberapa ahli kat opis ni kerja dalam standby....means apabila ada planned job, kitorang akan stay back atau boleh datang anytime yang diperlukan. We have been practise this since October 2009, sebelum tu aku on standby jugak but boleh dipanggil bila ada major breakdown. As my beloved company turned 60 this year, my unit pun nak moving foward la dengan buat structure baru....supaya kerja-kerja kat opis ni lebih well organised. That's why wujudnya team yg akan standby for planned job, we all proses semua planned job untuk unit aku ni. The rest of staff will take care of breakdown and daily operational routine. Yang buat aku hangin today ialah ada sorang mamat ni, dah sibuk-sibuk takde orang nak keje malam Sabtu ni sebab ramai ahli unit kitorg ni from N9 dan Kelantan. Since malam tu ada game yg once in the blue moon for diorg  so pakat-pakat la nak pegi Stadium Bukit Jalil nak tengok bola. Dengan selambanya mamat ni suggest suruh call budak standby untuk cover diorang kej

Ahlan Wa Sahlan 2010

Sekarang dah pun bulan November, tak lama lagi tahun 2009 bakal meninggalkan kita. Masuk je tahun baru semua org pun sibuklah dengan azam di sana sini. Azam aku untuk tahun 2009 dah kecundang seminggu yg lepas iaitu nak fully breastfeed Farzana sehingga umurnya 2 tahun...aku dapat capai target peringkat ke-2 je... Peringkat 1 : Dari lahir hingga berumur 6 bulan Peringkat 2 : Dari 6 bulan hingga berumur setahun Peringkat 3 : Dari 1 tahun hingga 1 setengah tahun Peringkat 4 : Dari 1 setengah tahun hingga 2 tahun Aku terpaksa bekalkan susu formula kepada taska Farzana kerana production harian dah tak dapat menampung permintaan anak daraku tu. Bayangkanlah hasil perahan satu hari hanya dapat lebih kurang 3 oz je...sepatutnya in total aku kena bekalkan 12 oz....mana nak cekau lagi 9 oz tu hari-hari? Mula-mula aku pakai stok yg ada sedikit demi sedikit dan akhirnya kesemua stok yg melimpah ruah sebelum ni dah boliao....dengan tangan menggigil aku capai sekotak susu formula kat store