Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2010

Borong Novel Lagi....

Semalam waktu selepas makan tengahari, aku angkut suami dan anak beranak ke Karnival Karangkraf kat Shah Alam. Ini first time aku pergi, yang tahun lepas aku terlepas sebab tak ingat tarikh....tahun ni aku dah marked kalendar awal-awal agar sejarah tidak berulang. Masa tu tengah panas terik tapi itu tak mematahkan semangat aku untuk menghabiskan RM200++ kat situ.... Apa yang aku shopping???? Memula aku pergi register langganan majalah Pa&Ma dan Laman Impiana. Aku duk bertangguh lama dah nak sambung balik langganan majalah ni sebab malas nak pegi pos borang....nasib baik boleh register kat sini dan bayar cash. Aku pun ambik peluang la sambung langganan....tahun depan akan aku sambung langanan time karnival jugak la sebab....masa register tu dapat hadiah beb....aku dapat set permainan congkat dari SPM (Syarikat Permainan Malaysia). Ada jugak set Saidina...nasib baik tak dapat yang tu sebab aku memang dah ada kat rumah. Kalau dapat jugak Saidina semalam maunya aku merengek kat adi

GADIS HILANG - TOLONG!!!!!!!

Aku baru terima email pasal kehilangan adik Ikin ni tadi. Doaku agar usaha pencarian ini dipanjangkan lagi sehinggalah kita berjaya menemukan beliau. ******************************************************************************** Salam semua, Sahabat saya Pn Shariffa bt Jari dari Semenyih telah kehilangan anak gadisnya sudah 12 hari. Minta bantuan rakan-rakan semua sekiranya tahu dimana gadis ini berada sekarang. Hilang dari sekolah pada 20.1.2010, hari Rabu yg lepas...sehingga kini tidak pulang kerumah. Beliau bersekolah di SMK Taman jasmin 2 Kajang. Beliau rendah.... kecil ,molek dan manis orangnya.... Nama: Nurliyana Ashikin bt Azmi Umur : 16 tahun Contact # PN SHARIFFA : (R) 03-87233184 ATAU H/P 0123970018 Terimakasih kepada yg tolong forwardkan email ini. yg benar, sahabat pn shariffa

Bercuti di....kampung...lalalala

Minggu ni dari hari Isnin sampai hari Khamis aku bercuti rehat....balik ke kampung halaman di Kedah kerana En.Suami ada kerja di Butterworth. Alang-alang dari kampung aku ke Butterworth tu cuma makan masa perjalanan 45 minit sahaja so dia stay kat umah bonda la.....aku pun suka sebab dapat berkepit kat bawah ketiak bonda, gosip apa-apa yang patut sesambil melayan ana-anak berkejaran kat halaman umah atau membelai si Maxi, arnab kesayangan anak buah aku...Fisol. Bulan depan pulak aku cuti lagi...hehehehe....gilo ko apo asyik cuti jek memanjang..muakakaka. 5 dan 8hb Feb aku amik cuti sebab nak pegi jenjalan lagi...kali ni ke Kuching pulak.....yahoooo.... Benda ni dah plan lama dah, tak sabar rasanya nak pegi. Sebenarnya ini hadiah birthday aku untuk En.Suami....spesel tu....birthday aku nanti entah dia ingat ke tidak...huhuhuhu...selalunya dah lajak satu hari baru teringat....aku dah lali dah pun..... Sunyi jugak rumah ni sejak ayahanda dah takde ni, bonda akan tinggal keseorangan b

Achik suka tengok drama bersiri

Korang ada tengok tak cerita CSI? Tak kira la CSI Las Vegas ke, CSI Miami atau CSI New York. Achik memang suka ya amat....since pertama kali dia tayang kat Astro dan available kat Malaysia. Dulu sampai termimpi-mimpi achik kat si Grisom tu (walau pun dia tak handsome). Hubby aku akan cuba ubah channel lain kalau dia accidently terbuka AXN dan time tu ada cerita CSI....kes dengki kat aku la tu....takut aku asyik melonggok kat depan TV....hehehhehe. Kadang-kadang aku akan balas dendam tengok CSI tiga beradik ni masa hari Ahad, masa tu kan dia tunjuk back-to-back....muntah la hubby aku time tu....padan muko...hihihihi. Tapi aku counter back la dengan bagi dia layan bola dan badminton bila ada game yang menarik. Sayang laki....camtu la.....huahuahua..... Kadang-kadang kalau aku ter'missed' salah satu episod, aku akan baca sinopsis episod tu kat internet....cuma nak tengok the whole episod dari internet je aku blom jumpa macam mana. Kat you tube hanya ada sedutan sikit

Sleepy Babies

Hari ni meh kita layan gambar baby yang kiut miut ni tido....sleepy babies....so sweet, kan? Hehehehe....apa motif aku layan gambar baby tido nih??? Sebenarnya aku ni mengantuk sangat kat opis tengahari ni, tadi lunch aku bantai ayam 1/4 Nando's....mmmmm....sodap. Pastu perut kenyang maka mata pun dah jadik panda dan zzzzzz.....macam gambar kat bawah nun... So buat teman-teman, selamat bekerja ye....semoga tak sleepy macam haku nih. Nak kena babap dengan bos gamaknya....

Mebeng oh Mebeng

Aku hangin dengan M2U hari ni....dah la kena login sampai 4,5 kali baru dapat completed transfer pastu aku dah request TAC sampai 3 kali....haram satu pun tak sampai-sampai. Dah sejam menunggu....siap aku buat test call dgn SMS phone aku ni kot-kot hanged ka, apa ka....ayoyo.... Niat di hati nak sambar novel yang aku baca sinopsis dia kat blog si limaunipis , macam menarik sangat-sangat. Lagi pun aku dah lama meninggalkan donia novel ni....dah beralih ke donia majalah pulak. Macam-macam majalah aku baca, tapi yg ilmiah jelah....takdo nyer aku pi beli Mangga ke, Hai ke....buang duit je. Majalah yang wajib aku beli setiap bulan adalah Pa&Ma, pastu dua bulan sekali aku beli Laman Impiana. Kadang-kadang (boleh kata tetiap bulan jugak la...) aku beli Anjung Seri dan Impiana. Pastu lately ni aku jatuh chenta kat majalah Rasa le pulok...tapi memasaknya blom jugak rajin....hihihihi.... Actually aku nak beli novel ni.... Dan, kalau yang ni meletup....aku nak kebas yang kat bawah n

Bercuti di Cameron Highland

Ini cerita lama tau, baru sekarang aku nak buat entry. Actually kami sekeluarga kecik ni pegi bercuti di Cameron Highland masa musim perayaan Aidilfitri 2009 yang lepas, 25 September 2009 to be exact. Kitorang ajak semua family sebelah aku untuk join sekali tapi diorang tak dapat commit, memasing ada hal. Hanya kitorang berempat beranak jelah yang pegi, we all dapat rumah peranginan company aku for two nights tapi kitorang stayed for one night je. Boring lah takde orang lain, balik-balik aku tgk muka hubby dgn anak-anak pastu diorang tgk muka aku pulak....hihihhi.... Jalan jammed masa kat Plus Highway. Rupa-rupanya inilah penyebabnya.... Fatini asyiklah bertanya sepanjang jalan...."Bila kita nak sampai??" Finally sampai jugak tapi hari dah lewat petang. Kitorang tak pegi pun BOH Plantation sebab dah pernah pergi previously. En.Hubby singgah beli jagung bakar kat Kea Farm...lemak manis rasa jagung kat sini. Sign board di lorong nak masuk ke Banglo TNB Kila

My tummy goes rumbly...hehehe...

Last week kitorang kat kampung which kitorang balik sebab ayahanda yang meninggal dunia...Al-Fatihah, so a few malam after tu mesti la ada tahlil kan so we all stayed...with all my adik beradik dan anak-beranak diorang. Rumah sangatlah pecah bagai tongkang karam, laksana nak menyambut hari raya pun ada...riuh rendah dan huru hara di sini sana. Paling kecoh is masa mandi...ada 3 toilet kat rumah tu so cucu lelaki (cucu yg masih kecik la...teenager takdolah nak join cenggini) mandi ramai-ramai satu toilet dan cucu perempuan pulak satu toilet lagi. Nak dijadikan cerita one night tu (senja actually) diorang ni buatlah rutin mandi-manda berjemaah ni...so air mandi tu dah melimpah keluar pintu toilet dan membanjiri lantai bilik tidur. Masa tu mak aku tengah melipat baju yang baru di angkat dari jemuran, air limpahan tu dah mengalir ke arah baju-baju tu.... Astaga....menjerit la mak aku, takut baju tu basah semuanya. Aku pun terus bangun dari mengulit Farzana kat katil dan bergegas nak me

Back to the office...at last.

Setelah bercuti seminggu (termasuk MC satu hari) maka hari ini dengan rasminya aku kembali bekerja... Apa perasaan?? Aku yg sentiasa happy go lucky bisa tertawa bersama teman-teman tetapi di dalam hati aku masih terdapat titik-titik kesedihan....sungguh aku tak tipu, memang masih berbekas di hati ni.... Bagi aku, teman dan kekasih boleh di tukar ganti tapi ayah....hanya dia seorang, walau pun dia memang terkenal dengan kebengisannya mendidik anak-anak. Hasilnya....kesemua anak-anak beliau tanpa mengira jantina mempunyai kerjaya di bidang masing-masing. Biar pun betapa bengisnya beliau, kami semua masih tetap menyayangi...meski pun ada di antara kami tidak mampu menzahirkannya... Dan insyaAllah kami anak-anak ayah akan cuba menjadi anak yang boleh ayah banggakan di dunia dan juga akhirat....insyaAllah. Doa kami akan selalu ditiipkan buat kesejahteraan ayah di sana....amin....

Dalam kenangan...

Nama : Haji Yunus bin Udoh Tarikh Lahir : 13 Oktober 1932 Tarikh Kematian : 2 Januari 2010 Umur : 77 tahun Gambar ini di rakam ketika berada di Langkawi Cable Car pada tahun 2008. Pasangan hingga ke akhir hayat....gambar di rakam ketika Aidilfitri 2008. AL-FATIHAH...

Al-Fatihah buat Ayahanda Tercinta

Pada 2 Januari 2010 jam 8.30 malam, ayahandaku tercinta Haji Yunus telah kembali ke rahmatullah setelah jatuh pengsan di rumah. Kejadian berlaku terlalu pantas, beliau keluar dari toilet dan meminta kakak aku tolong papahkannya ke katil, tiba-tiba dia rebah dan terus menghadapi sakaratul maut. Pada ketika itu hanya kakakku seorang yg berada di sampingnya. Amat mengejutkan kami semua kerana pada siang harinya beliau masih mampu untuk bermotosikal untuk ke kedai, dan pada malam hari dia rebah dan ajalnya sampai. Dah tak mampu aku nak coretkan dengan  sempurna di sini, terkejut dan sedih masih menyelubungi. Jenazah telah selamat disemadikan pada petang semalam (3 Januari 2010), semoga rohnya tersenyum melihat keranda yg membawa jasad beliau di usung sendiri oleh cucu-cucu lelakinya....alhamdulillah mereka sangat-sangat membantu menyambut jasad turun ke liang lahat dan sehingga selesai upacara pengkebumian. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayah...AL-FATIHAH