Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2010

Semoga cepat sembuh

Semalam terbaca Utusan Online pasal pelakon, pelawak dan DJ Radio Era.Fm yang dimasukkan ke Hospital Selayang akibat virus infection di dalam darahnya....khabarnya Din Beramboi di induced to coma condition untuk mengelakkan virus tu merebak dan merosakkan organ dalaman. Pagi ni aku dengar berita yang agak melegakan iaitu Din Beramboi telah kembali bernafas tanpa alat sokongan...alhamdulillah. Dia telah menjalani proses dialisis untuk membersihkan darahnya dan telah mendapat bekalan darah baru dari tabung darah. So kepada sesapa yang prihatin, silalah menderma darah di Tabung Darah Negara bagi menggantikan semula darah yang telah digunakan oleh Din Beramboi...he's blood group is O positive. Berita dari Utusan yang aku baca tu mengatakan bahawa Din Beramboi dijangkiti virus Lepto yang berasal dari kencing tikus....benar atau tidak, kita nantikan perkembangan terkini dari media massa. Sebenarnya ujian dan kesengsaraan yang ditanggung oleh Din Beramboi ada hikmah disebaliknya....

Susah nak zzzzz....

Malam semalam aku susah betul nak tido....mengiring ke kiri tak selesa, mengiring ke kanan pun serupa. Si kecil di dalam rahim ni asyik la menendang tiap-tiap kali aku cuba nak berbaring mengiring...last-last aku redha jelah tido terlentang, sesuatu posisi tido yang amat jarang aku lakukan. Aku agak mungkin dia cuba berpusing atau meregangkan badan, mungkin lenguh kot...macam kita la orang dewasa.... Aku memang tak tido menelentang kerana aku akan rasa sempit dada dan sesak nafas jika tido dalam posisi berkenaan....entah kenapa..... Nasib baik sunnah Nabi Muhammad SAW menyarankan kita agar tido mengiring, kalau menelentang alamatnya tak dapat la aku ikut sunnah tu... Oh ya....akhir-akhir ni jugak aku selalu bermimpi yang bukan-bukan, ada yang memenatkan, menakutkan dan ada jugak yang menyakitkan. Apakah maksudnya??? Hubby aku kata "Kalau tido tak baca doa camtulah...mimpi yang bukan-bukan..." Masalahnya adalah aku tido bukan sekadar berdoa tetapi aku baca Al-Fatihah, ...

Bestnya cuti...

Lama kan aku tak update blog??? Sebenarnya last week aku cuti, balik ke kampung halaman aku di Kedah...best tau....tapi plan asal nak mandi sungai pun tak jadi sebab cuaca yang amat panas, nak keluar umah pun tak lalu beb.... Apa yang aku buat sepanjang bercuti tu??? Hanya layan anak-anak dan main PC games....nak upate blog pun tak dapat sebab wifi kat lappy aku ni buat hal....takleh nak connected. Nak pakai wired malas la pulak sebab location router tu agak tak selesa untuk lepak lama-lama, nak-nak dalam cuaca yang panas ni lagi la kan. Lastly aku main je game bodoh-bodoh yang ada kat hard disk aku tu kat depan kipas angin...plus dengan kipas siling yang ligat berputar.....aiseyman....sangat la membahangnya cuaca di sini-sana. Aku hanya keluar jenjalan, makan dan shopping pada waktu malam je.... Dengar kata di Cameron Highland pun dah tak sejuk di siang hari....di Genting Highland pun serupa jugak. Tapi aku masih bersyukur kerana setakat hari ni belum ada lagi rakyat Malaysia di s...

InsyaAllah...

Semalam aku pegi untuk routine checkup kat klinik panel company aku....dan doktor tu pun scan untuk ke sekian kalinya, hoping to know the exact gender of my baby la...oh, btw aku dah 26 weeks of pregnancy, memang sepatutnya boleh nampak la gender baby tu....tak sabar betul nak tahu...hihihii Semasa scanning the doctor smile....and she said "InsyaAllah..." I was smile a bit tapi tak sure la samada apa yang aku assume tu sama dengan apa yang doktor tu fikirkan. masa tengah test for  sugar level tu she said again..."InsyaAllah baby boy..." My hubby  tanya la..."tak berapa nampak ke doktor?" The doctor then replied..."Dah ....dah nampak  tadi ada  telur..."  (maaf, bahasa  pasar je...hehehe) Masa tu aku rasa nak lompat dan cium je hubby aku kat situ jugak....hehehehe...so InsyaAllah he is a boy.....unless.... Allah know best. Tapi aku tak berani nak shopping kaler-kaler maskulin lagi...tunggu aku pegi checkup dgn Dr.Delaila dulu, dapat co...

Makan Gaji Buta

Ada seorang jurutera (huish...sebut jawatan tak cover2 dah...hahahaha) yang dah kerja kat sini ada la dalam 3,4 tahun tapi hampeh, tak tahu buat kerja. Senang cerita dia ni makan gaji buta la.... Masa memula masuk dulu aku masih boleh bersabar lagi dengan dia ni...tiap-tiap kali ada breakdown aku yang duduk pecah kepala tolong settle kan. Masa tu aku punyalah baik hati sebab aku assume dia ni cempedak di luar pagar...jadi aku tolong la ajarkan. Tapi bila dah 2,3 tahun dia masih lagi camtu, masih di tahap yang sama...kesabaran aku pun dah hilang. Aku rasa dia ni pemalas sebenarnya, malas nak susahkan kepala otak dia belajar camne cara nak tackle breakdown...malas nak belajar camne cara nak handle NMS dan equipment. Aku pun jadi hangin la...sikit-sikit nak suruh tolong, nak convert report ke dalam bentuk excel pun nak mintak aku tolong...pemalas betul. Segala yang aku ajar dulu aku nampak la dia ada tulis, kengkonon buat nota "cari makan la" (aku sendiri pun ada nota cari m...

Memalukan orang Islam

Pagi tadi aku dengar satu siaran radio ni...ada la sedutan rancangan ala-ala temubual dgn artis ni....menyumpah seranah aku dengar jawapan dia pasal satu isu ni, yang memang terang-terang dia org yg macam tu lagi takmau mengaku. Dia ni memang hangat dengan pakaian dan aksinya yang seksi lately.... Namanya sikit punya gempak, minah saleh campur dengan nama Islam (ada stated perkataan Islam kat nama dia). Kalau korang nak tahu sape, sila la google ye sebab aku takkan letak nama penuh dan gambar dia kat sini...memalukan aku sebagai orang Islam. Si penemubual ni tanya dia...."adakah anda seorang yang seksi, artis tak cukup kain" (lebih kurang la words soalan tu cenggini). Pastu si artis ni jawab "Tidak". Katanya "Seksi tu terpulang pada tafsiran masing-masing dan saya rasa saya tak seksi. Nak kata tak cukup kain, kat umah ada berlambak-lambak kain." Masa ni aku dah tersenyum sinis, bodoh punya jawapan...macam sengaja letakkan leher kat tali gantung je... ...

Old Town White Coffee On The Go

Disclaimer: Ini bukan post berbayar ye...hanya nak share cerita aku je.... Korang pernah nampak tak billboard ni??? Aku hari-hari nampak kat tepi Federal Highway dekat-dekat dengan jambatan kabel (Motorola) tu. Sebagai peminat setia kopi maka aku pun sorak yeehaaa bila ternampak iklan ni. Tak perlu la aku pegi lepak kat Old Town kalau nak minum kopi diorang yang superb tu. Korang jangan risau, produk kopi di Old Town memang dapat sijil halal Jakim. Hanya produk makanan diorang yang masih meragukan...Jakim dah sahkan pemberian sijil halal untuk produk minuman Old Town White Coffee. So atas sebab itu jugak aku rasa teruja bila nampak iklan ni....boleh la aku still minum kopi diorang even dari rumah. Old Town White Coffee ni dah lama keluarkan yang jenis serbuk dalam paket kecil tu tapi bagi aku tak best sangat, mungkin cara bancuhan tu tak sama so tak terangkat macam yg diorang served kat kopitiam. Yang di iklankan kat sini ialah yang ready made dan di tinkan....mesti la ...

Blog tak update - Problemo Solved

Hari tu aku ada story pasal blog aku yang status last update nya tak update (apa punya ayat la ni...). Cenggini...aku perasan yang blog list di blog orang lain tunjuk status aku last update 2 weeks ago padahal aku ada je update walaupun bukan hari-hari la...so aku pun resah gelisah dan googled for the solution. Korang boleh baca post tu kat sini Setelah beberapa hari baca sana-sini aku pun try la suggestion blogger lain yang pernah jugak hadapi masalah yg sama dengan blog aku ni...in fact aku terkejut giler yang sangat ramai rupanya blogger yang kena problem macam aku. Kalau orang yg tulis blog untuk suka-suka macam aku ni takde hal la sangat, paling-paling pun orang kata aku pemalas je...atau takde story baru. Cuba kata kalau blog tu orang guna untuk buat bisness, dapat income dari situ? Contohnya yang terima tempahan kek, baju, CD bla bla bla....kesian kan kat diorang. Silap-silap customer pun lari sebab kata peniaga tu tipu, tak update2 blog pun. So kat sini aku nak sha...

Good Bye and Good Luck

Setelah hampir 6 tahun aku bekerja di unit ini, berbagai-bagai wajah manusia telah menghiasi bilik kawalan nan tercinta ni. Ramai yang telah datang dan pergi....perginya for good insyaAllah. Wajah-wajah yang telah meninggalkan kami yang menjadi penunggu setia bilik kawalan ini ialah.... En.Azman (kiri) dan En.Fariza (kanan). En.Azman telah ditukarkan ke unit lain, untuk menguruskan sebuah projek baru (CGIS). Beliau merupakan manager ketika bertugas di pusat kawalan. En.Fariza pula bertukar ke bahagian lain (keluar dari bahagian sekarang) kerana kenaikan pangkat. Dahulu beliau adalah juruteknik di pusat kawalan. En.Shahrizal. Beliau merupakan seorang jurutera di sini tetapi telah meletakkan jawatan dan berhijrah ke Exxon Mobil. Kini berkhidmat di Alcatel Lucent. En.Ardian En. Ardian merupakan pengganti En.Azman sebagai Pengurus, juga telah meninggalkan syarikat ini dan sekarang berkhidmat di DiGi. En.Husni Azam (berbaju biru di sebelah kiri) dan En. Pazli (bercermin mata...

Tupperware 45th Anniversary Offer (12 - 31 March 2010)

Sempena Ulang Tahun Tupperware yang ke-45 ini, syarikat terbabit telah mengeluarkan flyer 45th Anniversary Offer yang bermula pada 12 hingga 31 Mac 2010. Banyak produk-produk menarik yang ditawarkan pada harga yang sangat menjimatkan. So silalah cuci mata ye...manalah tahu kot-kot ada yang berkenan di hati.

Tips Pengerat Cinta Suami Isteri

A few weeks ago tetiba aku dapat email ni dari En.Hubby...I was like... "What??? Dia tak happy ke dengan cinta aku???" Tapi aku cuba positifkan diri dan read all through the email till the end...manalah tahu ada lagi yang terkurang kat mana-mana. I posted the email here to share with all of you...jom kita amalkan.... *************************************************************************** Suami Bercinta (Bertahan Atau Berundur) Assalamualaikum dan salam sejahtera , Konflik berterusan iaitu kecurangan pasangan Di sini persoalannya mahu bertahan atau berundur? Apabila berlaku konflik ini tentu sekali kewajipan terhadap isteri dan anak diabaikan. Perbelanjaan Rumah tangga si isteri yang tanggung malahan si isteri juga menanggung si suami termasuklah perbelanjaan si suami dengan teman wanitanya kerana pendapatan suami tidak mencukupi. Si isteri betul-betul tertekan tetapi cubalah pertahan rumahtangga yang dibina dan jangan berundur. Cuba usahakan tip penger...

Blog tak update?

Aku baru perasan dari blog lists member-member yang status last updated blog aku adalah 2 weeks ago...apakah??? Aku update la woi....walau pun bukan hari-hari tapi jangan la ko gi taruk sampai 2 minggu tak update...haiyaaa.... Dan aku perasan jugak bukan blog aku sorang je yang salah info pasal last update, tapi ada a few lagi blog member-member aku kena jugak. Status tulis last update 1 week ago tapi bila aku bukak ada 3,4 posting yang baru. Nampaknya aku takleh blog hoping berdasarkan status last update la...kena check tetiap hari or 2 hari sekali...kalau tidak harusnya aku ketinggalan keretapi.....pon,pon bunyi diaaa....

24 weeks of pregnancy...

Minggu ni pregnancy aku dah masuk ke minggu 24@6 bulan...fuhh...another 3 months to go before the baby pops out. Apa yang aku rasa???? Berdebar jugak sebab aku still belum tahu jantina baby ni...next week I'm having another check up dan doktor akan try scan to see the gender. Aku tak suka la surprise2 takmo tahu gender baby tu, achik tak tahan...mesti nak jugak tahu. Camne la dengan orang-orang yang boleh kawal diri untuk taknak tahu gender baby diorang tu??? Hebat betul... By 24 weeks... 1) I still have my morning sickness once in a blue moon, seminggu tu dalam sekali dua mesti ada...lama jugak morning sickness kali ni... 2) My tummy grew bigger faster than my previous pregnancy. Masa pregnant kan Fatini dan Farzana, 6 bulan ni perut baru nampak sikit je....aku still boleh pakai jeans yg loose. Tapi pregnant kali ni perut aku dah macam 8 bulan je...by the time my real 8 bulan tu datang agaknya besar mana la tummy aku ni. 3) Aku sangat suka makan buah-buah masam. Masa previ...

Semalam ku bermimpi....

Hahaha...nak dijadikan cerita, semalam aku mimpi tentang seorang member forum/member blogger aku iaitu achik Nieza dan anak-anaknya Suffiya dan Zulaikha. Kisahnya macam ni... Aku, hubby dan anak-anak dalam perjalanan di highway untuk bercuti ke selatan tanahair (lokasi tu tak sure pulak ke mana). Kitorang berhenti sekejap untuk salin CD Farzana kat satu RnR (CD tu beb...padahal aku tak pernah pakaikan Farzana CD time nak pegi jalan-jalan). Tengah kat dalam toilet ladies tu tetiba achik Nieza masuk dengan mendukung Zulaikha dan memimpin Suffiya....pun nak tukar CD jugak....kkebetulan sama le pulok...hihihihi... Kitorang pun chit-chat la pasal CD masa kat toilet tu....aku pun tukar CD Farzana dan humban ke dalam baldi CD yang aku selalu guna kat rumah....hahahahaha...sungguh tak logik, takkan aku nak hangkut sekali baldi tu bawak gi jenjalan kot....kehkehkeh. Dan siap agenda salin menyalin CD maka kami pun berlalu pergi tanpa sempat aku tanya achik Nieza nak pegi mana sebena...

Pusat Sivik Kuching / Dewan Suarah

Pagi first day di Kuching kitorang dibawa oleh tour guide ke Pusat Sivik a.k.a Dewan Suarah. Tour guide aku ni (Azlan) kurang sikit pengetahuan am so tak banyak info yg aku dapat dari dia...maklumlah dia ni masih baru dalam arena tour guide ni...nasib baik masa hari last tu kitorang di bawa oleh tauke sendiri iaitu forumer Cari.com.... Mr. Dainy Panny ( 019-8246422). Masa jalan-jalan dgn Dainy ni memang kitorang tanya habis-habisan apa yg kitorang nak tahu pasal Kuching dan Sarawak. Dainy punya knowledge memang superb....memang puas hati la amik tour guide dari dia. Rate yang dia ambil ialah RM250 satu hari (transport dan driver)....memang murah beb, aku rekemen ambik dia la kalau korang nak pegi Kuching. Disebabkan lacked of info dari Azlan, kalau ada pun banyak yang aku dah terlupa so takde benda sangat nak cerita....layan gambar jelah ye... Ini la rupa bangunan Pusat Sivik / Dewan Suarah tu. Cilok gambar dari Cat Museum. Nak ambik sendiri tak dapat angle yg cantik...

Upload gambar

Hari ni aku baru ada chance nak upload gambar kitorang ke Kuching bulan lepas...dah lama terperap kat dalam kamera. Cheh....ayat tak hengat...ada chance konon, padahal diri sendiri yang malas. Dibuatnya memory card kamera tu kaput tak ke haru....baru la time tu nak meraung bagai.... Anyway...itu baru aku upload dari kamera ke lappy, dia punya story lain kali daaa....angin M lagi...hihihihi... Duduk rumah ni membuatkan aku jadi lebih penat...penat berperang dengan dua gegirl yang suka bergaduh sesama sendiri tu....adoiyai anak-anak....kesian la kat mama yang boyot ni....huhuhuhu...

A call from nursery....

Yesterday in the afternoon, I received a call from Farzana's nursery. Achik ni macam biasa la, terus darah gemuruh takut ada emergency apa-apa kat anak-anak kan....penyelia nursery tu bagitahu yang diorang jumpa blisters (again aku cerita pasal blisters tu...hehehe) kat lengan, peha, kaki, tangan dan badan Farzana. Dalam hati ni dah terdetik..."Anak aku kena chicken pox ni..." So aku pun pegi ambik Farzana dan bawak pegi klinik.....sah, confirm dan sahih blisters tu adalah chicken pox...no wonder la hari-hari sebelum ni dia demam. Memang simptom chicken pox akan demam dulu baru la naik blisters tu. So....achik cuti la minggu ni, menjaga si kakak kecik tu....nasib baik aku preggy dah 2nd trimester, kalau masih dalam 1st trimester aku kena hantar la Farzana ni balik ke kampung, minta tolong emak jagakan....it will affected the pregnancy while during 1st trimester. Alhamdulillah.....aku dah lepas critical stage tu.....lagi pun tentu susah nak jagakan Farzana sebab dia ma...

HFMD???

As I told earlier, Farzana demam....and she had blisters kat area dagu and a red dots at het tip of tongue.....I was so worried, hanya tuhan je yang tahu....mungkinkah HFMD???? The tongue must caused her in pain because she refused to eat her favourite nasi and sup ayam, hanya nak menyusu dari mama and drink a lot of chilled water. So I've carefully inspected her palms and feet...in case ada blisters around. Alhamdulillah takde....and I've refered to the doctor and she said "If there's no blister around palms and feet, there's nothing to worry". The doctor suspected maybe Farzana caught a bacterias infection (we do called it as hama) or it caused by a superhot enviroment that we are having these days... By the end of the day when my hubby arrived from office, he complaining that he had a red dots on his tip of tongue too. What a coincidence??? Then I know that Farzana is really far away from HFMD....praise to Allah....

Musim kemarau

Kami satu family baru balik dari bercuti di kampung hubby...kelate weih....jauhnya achik jalan dgn perut boyot nih....tapi takpe, ini la last time aku akan balik sana sebelum meletops....sekarang ni dah 23 weeks so kira boleh tahan lagi la...my hubby dah tanak bagi jalan jauh dah pasni. Raya puasa nanti la baru balik pulak ke kampung dia....btw this year adalah giliran umah aku dulu ye...best!! Ketika kat kelate sangatlah seksanya sebab tengah musim kemarau, panas ya amat. Nak pegi jenjalan pun tak lalu, dengan perut dah boyot ni lagi le badan cepat berpeluh-peluh. Ada la dalam satu hari tu 3,4 kali aku mandi....hahahhaha...rasa macam nak berendam je dalam kolah kat umah tu.... Maybe disebabkan cuaca yang sangat panas, Farzana dah demam le pulok...sebelum tu dia selsema on dan off. Aiseh....bikin lagi tak selesa la....nak tidurkan dia pun takde port sebab semua tempat kat dalam umah panas bangat, aircond harus la takde....nak tak nak hubby start enjin kereta dan pasang aircond, aku...