Skip to main content

Muhammad dan pneumonia

Hari ni hari kedua aku akan berbuka puasa di SDMC...sebabnya....Muhammad was admitted due to pneumonia...huhuhu. Baca kisah Muhammad batuk di sini.

Disebabkan batuknya berlanjutan dan takde tanda-tanda nak sembuh so malam Khamis lalu selepas berbuka aku anak-beranak pegi ke klinik. Aku minta untuk buat nebulizer pada Muhammad sebab kahaknya dah menyebabkan dia wheezing.

Selepas physio dan neb, doktor terus tuliskan reference letter untuk hantar Muhammad ke hospital esoknya.

So pagi-pagi Jumaat di kala orang-orang Selangor sedang bercuti Nuzul Quran, aku kendong Muhammad menuju ER di SDMC. Lepas check oxygen level dan nebulizer maka doktor suruh Muhammad warded. Masa tu belum tahu lagi apa penyakitnya..hanya di beri treatment untuk kahak dan batuk jelah.

Dalam tengahari tu paed Muhammad, Dr. Sofiah pun datang dan check condition Muhammad. Dia suruh buat chest x-ray dan ambil sample darah. Sementara nak detect problem Muhammad ni, Dr. suruh Muhammad buat nebulizer setiap 4 jam, ambil ubat antibiotik dan ubat alergi.

Esoknya semasa Dr. Sofiah datang visit aku pun tanyalah pasal result x-ray tu. Dari x-ray tu lah found out yang Muhammad kena pneumonia. Muhammad jugak di buat physio dan suction untuk sedut kahak tu dari hidung. Memang banyak dan pekat kahak yang berjaya disedut keluar.

Dr. Sofiah kata Muhammad hanya akan boleh discharge sekiranya kahak berkurangan at least 75-80%, which is aku tak tau bila. Harap-harapnya Muhammad cepatlah sembuh, tak lama lagi kan nak raya so aku nak dia beraya dalam keadaan kesihatan yang stabil. Kalau masih tak berapa sihat tak dapatlah nak beraya dan bergaul dengan ramai orang, takut kena infection yang lebih serius lagi haru-biru. 

Kalian doakanlah kesihatan Muhammad ye, supaya dia cepat sembuh.

Nota: I've tried to post via mobile so I can attach his pics tapi failed to do so....maka takdelah gambar ye.

Comments

aida said…
asu, dugaanmu hebatnya. Aku doakan muhammad cepat sembuh, amin

limaunipis
Asu Bahiyah said…
Terima kasih limau. Aku redha dengan dugaan Allah ni...itukan kifarah untuk dosa-dosa aku.
Nieza Ishak said…
pancaroba bila beranak kecik .... mmg kAHAK la .. yg paling teruk.

semoga muhammad cepat sembuh
Asu Bahiyah said…
Terima kasih Nieza...

Dah ada anak tiga, ni la baru pertama kali asu merasa pasal masalah kahak pada baby. Cobaan...

Popular posts from this blog

Aktiviti Berkebun

Siapa kata orang sedang sarat mengandung takleh nak buat aktiviti berkebun??? Aku boleh je buat....sampai berjam-jam lamanya pun maintain je....tak rasa penat pun duk belek pokok bunga kat green house tu.... Hebat kan aku?? Apa rahsianya??? Hahahaha...aku sebenarnya berkebun kat Plant Tycoon, salah satu PC game yang aku ada....aku ni kan memang hantu games, jadi takde hal la kalau menghadap depan PC satu hari suntuk, dah memang hobi. Tapi aku elakkan diri untuk terjebak dengan Farmville dan mana-mana games kat Facebook tu sebab kalau dan terjebak, berhantu you....24 jam nak kena online. Pastu kalau kat opis ni tak dapat nak online sebab kena blocked, mula la resah gelisah nak balik tengok tanaman. Kalau main Plant Tycoon ni aku boleh paused time dan sambung main bila-bila je yang aku nak. Game ni pun takyah install bagai....sonang amat..... Dah tanam-tanam pastu keluar bunga dan seeds, boleh la jual tanaman tu. Pastu siap boleh kacuk-kacuk pokok A dengan pokok B untuk ...

Astro Decoder Rosak

Sejak hari Sabtu yang lepas, dekoder Astro kat umah aku adalah rosak maka sepanjang minggu ni umah aku sunyi sepi dari bunyi siaran TV. Dek Astro yang rosak tu dan kitorang pun takde antena TV yang biasa maka berehat panjang la encik TV...macam cuti honeymoon pulak...hihihii. Bosan punya pasal aku pun selongkar la bilik stor untuk cari radio yang aku guna masa zaman bujang-bujang dulu...dah 8 tahun yang lepas tu wei, siap ada cassette player lagi, kat kedai muzik pun dah payah nak jumpa dia jual kaset lagi dah. Aku merata-rata cari kaset lagu Maher Zain untuk mak aku tapi takde rupanya, memang kaset dah tak dikeluarkan lagi dah. Kesian mak aku...nak guna CD dia kata tak pandai. Nak bubuh kat dalam handphone dia tapi tak support MP3 le pulak. Dekoder Astro aku ni dari awal-awal lagi menunjukkan tanda-tanda nak nazak tapi tuan empunya nya tak prihatin, tahu pakai je selagi boleh. Bila dah mogok merajuk camni haaaa...baru padan dengan muka. Nasib baik musim Raja Lawak Astro dah ha...

Pergau Power Station

Pada 5 Julai 2007 (huih...dah berzaman weih...) aku ke Pergau Power Station a.k.a Sultan Ismail Petra Power Station di Jeli Kelantan. Kerja ini adalah sambungan dari kerja kat Trang dalam entry yang lepas. Since kerja-kerja yang aku buat ni adalah untuk served TNB Hidro so kitorg ambik peluang untuk melawat ke dalam power station kat Pergau ni. Apa yang unik tentang power station ni berbanding yang lain-lain serata Malaysia ialah lokasinya. Yes, ianya terletak di bawah tanah. Sebelum masuk ke Pergau Power Station, kitorg pergi mendaftar kat dalam buku pelawat dan ambik saftey helmet. Sempat jugak aku baca-baca dan snap sana-sini cerita sejarah dan gambar-gambar pembinaan power station ni dulu. Ianya dibina pada tahun 1993/1994 dan siap pada tahun 1999/2000. Aku tak dapat bayangkan betapa canggihnya teknologi yang digunakan kat power station ni kalau nak di compare dengan waktu pembinaannya tu. Tahun 1994 tu handphone pun belum ada kat Malaysia tau. Yang ada hanya Atur je, yang gabak ma...