Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2010

Scheduled for Induce.

I've been scheduled for induce on 5th of June, hari Sabtu tapi disebabkan takde orang boleh tolong jaga bebudak dua orang ni while waiting for me to deliver maka kitorang pilih hari Jumaat ni 4th June untuk aku menyerah diri. Lega jugak sebab hari Jumaat tu boleh hantar both anak dares ke school memasing, pastu my hubby will rush back to SDMC dan tercongok menunggu isteri terchenta mencapai bukaan yang membolehkan the baby pops out. Tapi...based on my previous delivery experiences, lepas induced tu memang aku akan ambil masa yang agak lama sebelum boleh bersalin. Ini membuatkan aku agak risau time frame tu akan terlebih sehingga school time diorang tamat (7.30 am - 7.00 pm). Masa deliver Fatini dulu tu aku kena induced jam 8 pagi dan selamat delivered her by 1pagi the next day nyer....wolla....selepas 17 jam baru bersalin..... Ketika bersalin Farzana pulak aku kena induced dalam pukul 12 tghr....bersalin pulak dalam jam 1 pagi keesokan harinya. So...kedua-duanya melebihi

Jiran Baru

Umah sebelah kanan kitorang ni dah bertahun-tahun kosong. Dulu ada la satu family chinese ni pindah masuk tapi diorang duduk tak lama, dalam 2 bulan je pastu pindah. Buat penat angkut barang je...dah la berlambak-lambak harta benda diorang, 2 trip lori besar lagi. Aku dan hubby assume maybe diorang ni lari dari Along kutip hutang kot sebab diorang kerja jual sayur kecil-kecilan kat pasar pagi. Lepas tu rumah ni terbiar kosong lagi....sehinggalah..... ...beberapa minggu lepas ada satu family chinese ni datang kemas-kemas laman, siap tanam rumput lagi. Dan selepas di interview rupa-rupanya diorang dah beli rumah tu. Sempena cuti Wesak dan hujung minggu yang 3 hari ni diorang dah start angkut barang masuk rumah. Nampaknya dah ada jiran baru la kitorang...mintak-mintak la diorang ni okay. Cuma satu je yang tak best, diorang ada bela anjing tapi bukan la yang jenis suka menyalak tu....anjing-anjing yang stok baka mahal dan yang hantar grooming-grooming tu. Kita tengok la bila dah lama

Kuih Celurut/Celorot

Kuih ni aku jumpa kat Pasar Satok, Kuching Sarawak. Sedap rasanya...lemak manis gitu. Ada satu kuih kat semenanjung ni yang rasa seakan-akan kuih celurut ni tapi aku lupa namanya daa.... Kuih ni harganya RM1 untuk 3 pcs. Lain kali kalau ke Kuching lagi confirm aku akan cari kuih ni....

Farzana's Birthday Celebration

Sempena birthday si kakak kecik Farzana yang kedua tahun so kitorang pun pegi la jalan-jalan cari makan. Dah lama jugak aku asyik memerap kat umah, sejak-sejak dah start MC ni memang tak larat nak pegi jenjalan. Disebabkan hari ini istimewa so aku gagahkan diri keluar jugak bersama family tercinta....eh cheh.... Kitorang merayap ke Carrefour Wangsa Maju...hambek ko...jauh betul perginya padahal hanya makan eskrem, fries dan apple pie Mc.D je. Takde shopping apa-apa pun. Lepas dah merayap kat Carrefour tu kitorang pegi melantak chicken chop dan black pepper steak kat Kampung Baru. Kata birthday Farzana kan tapi  yang banyak melantak adalah mak pak dia...hehehehe. Si birthday girl makan roti je.... On the way balik dari sana kitorang singgah pulak kat Secret Recipe Seksyen 9 Shah Alam....beli kek 2 slices je....taknak beli whole cake sebab confirm tak habis, membazir je nanti. Kitorang beli 2 jenis, Choc Indulge dan Choc Fudge. Special sangat hari ni sampai dah habis pusing la tu....

Happy 2nd Birthday Nur Farzana

Selamat Hari Ulang Tahun Yang Ke-2 Nur Farzana. Semoga anak mama akan sentiasa membersar dengan sihat dan ceria. Mama doakan Farzana panjang umur, murah rezeki dan menjadi anak yang solehah....amin. Gambar semasa sambutan ulang tahun yang pertama.

Pakai tudung

Farzana sejak akhir-akhir ni suka sangat main pakai-pakai tudung. Habis tudung yang ada dia belasah pakai....kadang-kadang dia sembahyang, kadang-kadang berbual sorang-sorang. Yang peliknya boleh pulak dia tahan panas berjam-jam pakai tudung tu. Aku rasa dia tengah berimaginasi yang dia dah dewasa, pegi sekolah or kerja sebab tu pakai tudung. Dah pakai tudung tu dia akan jalan sana-sini keliling umah. Dia ni dah pandai menyatakan kehendak dia. Kalau dia nak pakai tudung yang kaler biru, jangan ko bagi tudung kaler lain, kompem dia marah. Dia akan cakap "nanak,nanak,.....ini adik nyer...itu mama nyer/kakak nyer..." Dah besar dah anak mama ni...esok dia akan sambut birthday dia yang ke-2 tahun...dah completed breastfeeding journey mama selama 2 tahun dengan Farzana. Walau bagaimana pun aku akan still breastfeed dan continue pumping susu untuk dia bila baby baru ni dah lahir nanti.... Kan susu ibu tu banyakkkkk faedahnya...... Haaa....cuba korang tengok ggambar kat ba

Contraction?

Semalam selepas bangun pagi aku terasa ada sedikit contraction. En.Hubby tanya...."nak pegi hospital ke?" Aku kata rileks la dulu...baru slight contraction je.... Contraction tu berlanjutan sehingga ke petang tapi takde "show" pun. Lewat petang tu tiada lagi contaction yang aku rasa.... Hmmm....maybe it's a Braxton Hicks. En.Hubby kata... "Jangan-jangan hari Isnin ni pegi checkup terus kena admit tak?" Aku angkat bahu...hanya Allah yang mengetahui apa yang dia aturkan buat aku dan baby in the tummy. Btw, the due date was today....aiyooo...achik dan berpeluh-peluh.....

Days Counting....

Counting 2 more days untill my EDD on 29 May 2010. Counting 3 more days to go untill Nur Farzana's 2nd Birthday on 30th May 2010. Counting 4 more days untill my next antenatal checkup with Dr. D on 31st May 2010. Counting 9 more days to go untill the day I've been scheduled for induce on 5th June 2010. Counting I don't know how many days untill the baby pops out...on the year of 2010 of course.... Days counting making me a bit nervous.....huhuhuhu

While hubby's is away...

Hari ini tinggal aku sorang struggled with anak-anak sebab En.Hubby berkerja outstation ke JB. Harap-harap aku okaylah...means takde tetiba sakit nak bersalin ke hape. Lagi pun En.Hubby pegi satu hari je....insyaAllah esok petang dia sampai la ke rumah. Aku kalau boleh dah tak nak dia pegi OS lagi, yelah...udah isteri sedang menunggu hari je lagi dia nak kena pegi jauh-jauh. Tapi dah tuntutan kerja so nak buat camne...redha jelah. Risau jugak kalau tetiba masa dah time kan...sapa nak handle anak-anak. Setakat nak pegi hospital tu aku rasa takde masalah sangat, jiran-jiran boleh tolong hantarkan atau pun aku call je balai Polis berhampiran mintak tolong diorang...hehehehe Anak-anak pulak time papa diorang takde ni lah lebih sikit ngengada....kalau ada papa tu diorang agak takut nak buat hal yang bukan-bukan. Apa-apa pun ini semua dugaan Allah untuk aku....bukan semua benda dapat diperolehi dengan mudah kan??? Kitorang akan okay...insyaAllah. Ku doakan En.Hubby jugak selamat pergi

Kan Cheq Dah Kata...

Kan cheq dah kata yang cheq takkan admitted by last week....tengok ni cheq sihat walafiat lagi sampai ke hari checkup minggu ni. Baby pun belum fully engganged...so maknanya lambat lagi la.... Masa scan tadi cuba-cuba la nak print out baby face tapi dia malu-malu pulak, siap tutup muka dengan tangan....saja nak bagi surprise kat mama yek. Tadi pegi buat CTG test, alhamdulillah result ok dan baby pun sangat aktif. Within test yang ambik masa 1/2 jam tu hanya sekali je aku ada contraction...which means....sangat lambat lagi nak bersalin. Doktor pun dah target aku akan overdue...next appointment for checkup is on 31st Mei nih. Kalau by that time pun aku blom bersalin jugak so I need to prepare myself for "serah diri" on 5th June....dalam erti kata lain kena induce la tu. Doktor pun memang dah target aku akan kena induce jugak kali ni. Nak buat macam mana kan? Semua anak-anak aku kena induced baru nak pops out....syok sangat kot duk dalam tummy mama ni....hehehe Doktor D samb

I-City Shah Alam

Semalam bawak anak-anak jenjalan petang main taman di area Shah Alam....jauh kan kitorang pegi??? Sebenarnya kitorang ni memang camtu, kalau rasa nak makan steak atau chicken chop...laju je kitorang sampai ke Kampung Baru. Kalau dah nak apa-apa tu mesti kitorang pergi, tak kira la jauh ke dekat...makan tengahari tu kadang-kadang sampai ke Pantai Dalam, padahal time tu hari cuti. Kalau hari bekerja tu logik la jugak sebab opis dekat area tu je...tapi nak buat camne, dah tabiat camtu so layankan jelah... Berbalik kepada cerita semalam.... Masa lepas dinner kat Restoren Geng's Corner kitorang pun bergerak nak balik umah. Lalu la federal highway dengan niat di hati nak ikut LKSA. Sekali sudah ternampak dari jauh pokok-pokok lampu kat I-City Shah Alam tu...wow...memukau pandangan betul. Aku pun ajak hubby pergi survey-survey tempat, kalau ada chance kita singgah la.... Sekali rupanya tempat tu memang kitorang selalu je lalu lalang cuma masa tu waktu siang so takde la terpasang p

Last minute shopping

Dalam aku dok sort dan kemas baby stuff yang dah beli rupanya aku tertinggal satu benda penting.... Cadar dan sarung bantal takde rupanya.... Yang Farzana punya dah lusuh beb, takkan nak guna yang tu kot...kesian kat baby ni. Nampaknya esok nak tak nak achik boyot kena gi beli jugak, nasib baik Manjaku Baby dekat je dengan umah, dalam 10 minit drive je... Aku dah takleh tangguh sebab hari Selasa kena pegi antenatal checkup dengan Dr.D, dia dah scheduled kan aku untuk CTG test. Result tu could be any, either OK or not OK. Karang tak pasal aku kena induced macam masa buat CTG test Farzana dulu kan ke kes naya???

Aku debab???

Sebelum aku terlupa baik aku tulis kat blog ni.... Berat badan aku sebelum pregnant adalah 44-45kg. Berat semasa awal pregnancy adalah 47kg. Berat semasa di akhir pregnancy (terkini) adalah 61kg. Hohoho...achik telah menternak lemak dengan jayanya....16 kg tu aku gained. Memang dalam sejarah betul... Masa Fatini dulu aku naik 10kg je... Masa Farzana aku naik 12kg... Kali ni punya penangan...haaaa....hambik ko...tu aku belum bersalin lagi.... Next week checkup mesti kena timbang lagi kan..nanti aku update berapa pulak naiknya... Selalunya checkup yang 2 minggu sekali aku akan naik berat badan 2kg.... Ngeri sehhhh.....boleh turun balik kaaa?????

Big Cleaning Day

Siapa kata 5S je ada Big Cleaning Day? Kat umah aku pun ada tau tapi ianya bermusim...nak-nak time makcik ni tengah mabuk nesting mode maka terhasil la Big Cleaning Day hari ni. Banyak jugak benda yang mak buyung ni kemas (a.k.a buang le tu...), mainan dedua gegirl tu 2 plastik aku campakkan. Aku paksa diorang tolong aku sort semua toys yang dah rosak, dah missing parts dan semua buku yang dah barai pages, dah terkoyak dan apa-apa lagi lah yang menyemakkan mata makcik ni. Dan hasilnya dari 3 kotak toys dah tinggal 2 kotak je....buku pun dah tinggal sekotak je lagi. Dah vakum sana sini akhirnya bilik main anak-anak kemas merelip-relip. Selain dari kemas toys, makcik berjaya jugak kemas barang-barang kerja En.Hubby...dia ni kan selalu kerja outstation maka secara tak langsung umah aku dah jadi store kedua untuk barang kerja dia. Naik lemas bijik mata makcik so aku pun cari 3,4 kotak dan put all the things inside dan susun kemas-kemas kat dalam store bawah tangga. Memang kemas I tell

Bila kakak ke sekolah...

Hari ini hari yang agak aman untuk mama di rumah. Pagi-pagi papa dah kejutkan kakak supaya mandi dan bersiap-siap ke sekolah. Kakak seperti biasa akan berlakon drama air mata bila dia terpaksa ke sekolah tapi mama duduk di rumah je.  Dalam berjujuran air mata tu dia masuk ugak ke dalam kereta...hihihi...kakak ni manja sungguh la.... Tapi kenapa mama kata agak aman? Masih ada yang belum aman ke?? Ye...bukan ke si kakak kecik ni masih bertempek dengan mama di rumah makanya tidaklah 100% aman. Telinga memanglah tak bingit lagi dengar jeritan dan gaduhan kedu-dua beradik tu tapi bingit bila si kecik ni asyik nak berkepit 24 jam, pantang lepa mula la merengek nak menyusu. Dia dah pandai korek-korek nak buka sendiri punca susu segar dia ni....ish,ish,ish. Pastu dah pandai merajuk bila tak dapat apa yang dia nak...dah bertambah akal dia. Selalu akan cium baby (perut mama) bila dapat peluang. "Sayam..." katanya, maksudnya sayang la tu... Entah macam mana la agak lagi beberapa h

Hujan Petang

Sekarang ni boleh dikatakan setiap petang akan hujan kat area umah aku ni...kat tempat lain tak sure la pulak. Alhamdulillah sejuk la sikit suhu sekeliling, kalau tidak...panasnya membahang. Kipas angin berputar ligat tak henti-henti dari pagi sampailah ke pagi esoknya. Nasib baik dapat elaun elektrik, dapat jugak ringankan beban bayar bil bulanan. Yang tak bestnya hujan petang ni ialah aktiviti di luar uumah banyak yang tergendala, contohnya berkebun, naik basikal, main di padang permainan. Semua tu haruslah tunggu petang baru boleh buat sebab dah redup. Malangnya kalau hujan semua orang memerap kat dalam rumah jelah. Walau bagaimana pun Allah lebih mengetahui dan bijaksana...setiap sesuatu itu ada sebab musabab dan hikmahnya. Alhamdulillah kerana bumi kita ini masih menerima titis hujan, tak kemarau. Dan juga hujan masih turun dengan kadar sederhana, tidak sampai banjir besar melanda. Tazkirah buat diri sendiri dan semua....

Hari rehat jadi tak cukup rehat

Itulah jadinya kalau anak-anak pun ada sama kat umah time mama diorang MC, hari yang sepatutnya untuk mada rehat-rehat membuatkan mamanya jadi tak cukup rehat. Dengan mainan bersepah, siap buat khemah dan main pondok-pondok.Ditambah pulak lagi dengan piring cawan yang berlonggok di singki sebab diorang ni tak henti-henti mintak air untuk di minum. Pastu dengan telinga yang bingit dengar diorang bergaduh dan mamanya sakit tekak memarahi itu dan ini, sana dan sini...aduih, pening kepala. Jangan harap la nak lelapkan mata dengan aman...habis tu camne nak berehat?? Itu belum kes berebut remote Astro sebab masing-masing nak tengok channel kegemaran sendiri...sudahnya seharian suntuk hanya rancangan kartun je kat TV. Punah harapan mama nak tengok CSI, House dan The Nanny. Nak tak nak esok kena suruh papa hantar kakak ke sekolah, kurang la sikit beban mama nak layan adik sorang je. Lagi pun kakak kena belajar banyak benda lagi sebab tahun hadapan dah nak masuk sekolah kebangsaan...bac

Antenatal Booking

Semalam aku dah pegi checkup kat SDMC (formerly known as SJMC) untuk antenatal booking dan pre-admission. Kalau ikut EDD yang klinik panel bagi, aku akan bersalin pada 24 Jun tapi bila pegi checkup kat Dr. Delaila ni dia bagi EDD aku adalah 29 Mei ni.... Aiyooo...makcik adalah panik sekejap sebab dah dekat sangat la tarikhnya tu.... Aku berpegang pada EDD yang Dr.Delaila bagi la sebab dia kan speacialist...doktor klinik panel aku tu cuma doktor general je... Owh, by the way ke semua 5 kali pregnancy aku pergi jumpa Dr.Delaila ni ( I've lost my 2nd and 3rd baby)....my oldest daughter pun dah 6 yo. Even my sister pun bersalinkan anak-anak dia kat doktor yang sama....her eldest daughter was 10 yo. Apa yang buat aku kagum kat Dr.Delaila ni ialah she still look all the same like 10 years back, exactly sama macam masa aku jumpa dia during visiting my sister. Masih muda dan energetic....her age??? Dah 50++ tau, yang betul-betul tak ingat...nanti lepas dah deliver aku bagi tau umur d

Selamat Hari Guru 2010

Hari ini 16 Mei, kita menyambut Hari Guru sempena mengingati insan-insan yang pernah membimbing kita. Aku pun tak nak ketinggalan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru buat kakak aku Basuriah dan Bahisham yang merupakan seorang pensyarah. Tak lupa juga buat teman forum Cari.com iaitu Kak Ina Hashim dan Ajasu yang juga merupakan seorang pensyarah. Buat sahabat-sahabat aku yang turut bertugas sebagai pendidik seperti Fatimah Tun, Yartee Ramli, Juwita, Rokiah, Sohana dan sesapa lagi yang aku tertinggal nama mereka...Selamat Hari Guru buat korang semua. Buat sahabat-sahabat yang berkahwin dengan pendidik, sampaikan juga ucapan Selamat Hari Guru dari aku buat pasangan masing-masing. Dan yang paling istimewa tentulah ucapan Selamat Hari Guru buat semua pendidik yang pernah bertungkus lumus mengajarkan aku secara formal mahu pun tidak sehingga aku menjadi insan berguna hari ini. Malah ucapan Hari Guru ini ingin aku panjangkan kepada ayahanda tercinta kerana beliau adalah guru pertama

SELAMAT HARI IBU 2010

Selamat Hari Ibu semua..... Aku pernah dapat email yang mengatakan Hari Ibu ni sebenarnya adalah untuk meraikan Mother Theresa.... tapi tak pasti la pulak kebenarannya. Aku harap-harap tak betul la cerita tu....plus....nawaitu kita yang sambut Hari Ibu ini lebih penting sebenarnya. Okaylah...buat bonda tercinta Hajjah Che Bashah Bt Ismail....daku amat menyayangimu.... Tiada kata dan wang ringgit serta harta benda yang dapat menggambarkan perasaan cinta ini padamu... Walau pun bonda dah tua dan berkedut seribu...tapi aku takkan pernah malu dan segan silu untuk mencium pipimu... Terima kasih di atas segala kasih sayang dan pengorbananmu....dulu, kini dan selamanya....

Kenapa Senyap Aje???

Dah lama tak update blog kan? Sebenarnya aku ada problem dengan connection internet kat opis aku ni...biasa la asyik blocked sana-sini lastly jadi biol semuanya. Laptop ni pulak bila hari bekerja aku memang tinggalkan kat opis je...tak kuasa aku nak bawak back and forth. Hari Jumaat macam hari ni baru la aku akan packed dan angkut balik umah. Itu la sebabnya aku takde update blog....nak baca email yahoo pun tak dapek, mebeng atok you pun ngak bisa....haishh..... Btw, the problem has been fixed dan aku berjaya la update blog hari ni.... Rerupanya bukan opis aku je yang kena benda camni (assumed as setting internet dan proxy jadi caca-merba), opis kakak aku kat Prot*n pun kena jugak. Aku google kat internet pun rupanya ini worldwide punya problem (sape yg tak kena tu must be very lucky). Previously PC aku jadi frozen around 10 minit bila kita on power supply....pastu baru dia respond macam biasa. Laptop kakak dan abg ipar aku pun sama jugak....lama dia hanged pastu baru jalan balik.

The Big Three O

Today....I've turned into a new group number...the big 30 .... Affraid?? Nope, it's just a figure.....hahaha..I'm still young at heart....LOL.... Aku tipu....sebenarnya malam semalam aku dah nangis, mengenangkan usia yang makin meningkat ni memang membuatkan aku sangat takut. Umur 30 tahun....bermakna perjalanan hidup aku tinggal lagi hampir separuh jalan....purata jangka hayat wanita rakyat Malaysia ialah 76.9 tahun, itu pun jika panjang umur dan sihat tubuh badan. Kalau dah sampai masanya dalam sekelip mata pun kita boleh menyahut panggilan Ilahi (ish,ish,ish....panggilan haji pun belum tertunai lagi...huhuhu) Tahun ni rasanya takde hadiah dari hubby kot....dia just wish Happy Birthday malam semalam. Aku pun tak mengharap apa-apa....cuma kasih sayang yang abadi dari dia walau pun umurku dah semakin meningkat. Harap dia tidak berpaling kepada yang lebih muda....(poyo je ayat...macam la aku ni dah tua sangat...hihihii). Tapi...kot-kot la kalau dia tanya apa yang a