Semalam terbaca Utusan Online pasal pelakon, pelawak dan DJ Radio Era.Fm yang dimasukkan ke Hospital Selayang akibat virus infection di dalam darahnya....khabarnya Din Beramboi di induced to coma condition untuk mengelakkan virus tu merebak dan merosakkan organ dalaman. Pagi ni aku dengar berita yang agak melegakan iaitu Din Beramboi telah kembali bernafas tanpa alat sokongan...alhamdulillah. Dia telah menjalani proses dialisis untuk membersihkan darahnya dan telah mendapat bekalan darah baru dari tabung darah. So kepada sesapa yang prihatin, silalah menderma darah di Tabung Darah Negara bagi menggantikan semula darah yang telah digunakan oleh Din Beramboi...he's blood group is O positive. Berita dari Utusan yang aku baca tu mengatakan bahawa Din Beramboi dijangkiti virus Lepto yang berasal dari kencing tikus....benar atau tidak, kita nantikan perkembangan terkini dari media massa. Sebenarnya ujian dan kesengsaraan yang ditanggung oleh Din Beramboi ada hikmah disebaliknya. Khab